Boss suruh Ammi WFH je semalam sebab harini dia malas nak masuk office. Semalam kira dia jaga office harini ammi pulak jaga office. Boleh gitu?

Pagi semalam, kakak ipar ammi bawak anak daranya gi amik vaksin kat Kem Perdana Sungai Besi..yelah dah suaminya askar maka memang dorang sefamily biasanya ambik vaksin kat area rumah ammi ni.  Ammi pun taktau kenapa kat area rumah dia kat Wardieburn tu takde PPV.

Suami ammi pun pergilah jumpa hi hi bye bye dengan kakaknya kejap.  Lama kot tak jumpa walaupun dia di KL ammi pun di KL juga.

Borak-borak..kakak ipar kata kat sana boleh walk in untuk remaja.  Abah apa lagi terus je call ammi suruh Kyra siap-siap ikut MakNgahnya.

Mujur juga kelas offline..kalau online dah rugi nak dengar cikgu mengajar.

Kem Sungai Besi

Vaksin drive thru je yang semuanya diuruskan oleh abam-abam dan kakak-kakak askar


Anak buah ammi Mawar (Form 3).. Kyra (Form 1)


Yeay...dah dpt 1st dose vaccine.  Next dose 14/10/2021


Thank you MakNgah bawak Kyra tadi.. sekali pandang macam Memey Suhaiza pun ada gak rupa anak buah ammi ni.


Jadi sebab ada orang kene enjet..kot-kotlah dia demam ke hapa..ammi buatlah bubur dan setnya.  Masa Kyra balik bubur tak siap lagi..kalau tak boleh tapaukan sikit untuk MakNgah.

Setakat pagi ni, Alhamdulillah Kyra sihat.  Takde kesan sampingan Pfizer pada dia..takde demam, lenguh, lapar... mengantuk tu takyah ceritalah.  Tak enjet pun memang pukul 9 malam dia dah tido.