Bawang oh bawang

Ammi ada pengalaman dengan bangganya ikut husband gi pasar di awal pagi sehari sebelum raya, pastu cakap dengan dia...kita split. Abah gi tempat barang basah (sebab ammi tak reti nak pilih ikan, daging, ayam bagai..) dan ammi beli barang kering.

Dah beli barang as per arwah Mama's lists..kita pun balik. Nak ngopi tak boleh..puasakan.

Tengah kemas-kemas barang yang dibeli...arwah Mama was like..

    
Mama: Siapa yang pilih bawang ni?
    Ammi: Sheilalah. Cantik macam kitakan? (dengan muka berlagak je tanya)
    Mama: Dah agak...kalau Kay yang beli takdelah rupa gini.
    Ammi: Napa lak? cantik apa
    Mama: Dah kenapa ada tunas, ada kayu keras dalam bawang ni..

** Semua foto didalam post ini adalah sumber dari Google. **

Pada adik-adik yang baru kahwin, yang dah lama kahwin tapi tak reti memilih bawang macam ammi..ni ha tips untuk memilih dan membeli bawang.  Sekarang ammi dah pandai dah...

1.    Tidak Basah
Pastikan kita pilih bawang yang kulitnya kering dan nampak kilat.  Akarnya juga biar kering.  Berserabut sikit takpe..janji tak lembap.


2.    Warna kulitnya tidak hitam
Kulit yang kilat dan nampak licin tu tandanya bawang merah tu diangin-anginkan dengan baik (pengudaraannya) dan tidak mudah busuk.  Kalau warna kulit luaran bawang agak gelap dan kusam, risiko cepat busuk juga makin tinggi.

3.    Belum dikupas
Terdapat beberapa penjual yang menjual bawang merah yang siap dikupas. Elakkan dari membelinya jika anda tidak mahu menggunakannya segera kerana bawang yang dikupas akan cepat busuk dan terdedah kepada pencemaran.




4.    Padat dan tidak bertunas
Pilih bawang merah yang padat kerana ini adalah tanda bawang segar. Pilih juga yang tidak bertunas jika anda ingin menyimpannya dalam jangka masa yang lama.




Post a Comment

29 Comments

  1. tak pandai membeli bawang takpe, tapi jangan pandai membawang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kalau membawang yg positip pun ok gak

      Delete
  2. hehehehe... kita klu beli slalu nk cept pakai.. rembat aje apa yg depan mata :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..tapi bila dah tau memilih la juga sekaranng ni

      Delete
  3. Tips yang bagus, terima kasih atas perkongsian, nak tergelak pula gambar yang akhir tu beli bawang dapat free pokok :)

    ReplyDelete
  4. bawang ni kalau seketul dah sakit (ada kulat atau berair), tak lama, sekejap je habis semua berjangkit huhu

    ReplyDelete
  5. Kalau beli bawang merah pilih yang berwarna merah
    Kalau beli bawang putih pilih yang berwarna putih
    kalau beli daun bawang pilih yang berwarna hijau

    ReplyDelete
  6. family kami selalu beli stok bawang seguni kecik tu terus utk stok 1-2 bulan. mama memang selalu dah pesan "ambik guni bawang yg kering. jgn ambik yg ada bawang dah berair". jenuh nak raba guni bawang tu di kedai 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. raba dik jangan tak raba..sekali raba2 teraba pulak yg busuk aduhhh

      Delete
  7. Saya banyak beli bawang besar saja sebab pemalas🤭Bawang besar senang kopek kulit dalam 4,5 labu blend dengan minyak,Simpan stok seminggu punya😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami ammi suka beli yg kecik2 tu..menangis nak kopek

      Delete
  8. good sharing Ammi. Saya pun tak pandai sangat pilih bawang ni. Tapi biasanya mmg cari yang kering, tak ada bertunas. Kalau kulit licin & cantik, mmg pilihan utama saya lah. hehe.

    ReplyDelete
  9. Susah juga pilih bawang...

    Membawang lagi senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astaghfirullahhalazimmmmm..ngucap uncle

      Delete
  10. Sekarang bawang susah nak jumpa yang elok. lambak lambak pun dapat beberapa je yang elok. Kadang tu tak ada jenis lambak, dah siap bungkus bungkus. Yang basah tu memang tak beli lah sebab cepat busuk. Thanks untuk tipsnya :)

    ReplyDelete
  11. Haha beli utk tanam tu..dah siap tumbuh daunnya

    ReplyDelete
  12. nice sharing ammi ^_^ betul ammi kata tu..saya setuju sebgai penjual bawang heheee

    ReplyDelete
  13. pengalaman manis semua tu. bila tengok bawang mesti teringat. hehe

    ReplyDelete
  14. SA bab bawang memang Pak Zain yang beli...SA bg duit je...sejak pak zain jadi chef kat rumah ni semua barang dia yang beli...

    ReplyDelete
  15. Masakan sedap ada bawang ya..moga tak membawang kan..hehehe

    ReplyDelete
  16. Sha pun selalu diingatkan encik suami supaya tidak mengambil bawang yang dah bertunas.. hehehe..
    Kalau Sha pilih memang kulit yang berkilat je.. sebab cantik.. hehehe

    ReplyDelete
  17. nasib baik pandai je kami pilih bawang. hahaha..
    mmg kena warning selalu dgn mak, cari yg elok, xde tunas. jgn malu nk belek2 kat kedai ms pilih.hehe

    ReplyDelete
  18. bawang kalau pergi kedai sekrg susah nak jumpa yang elok elok. Semuanya mesti nampak dahlama sedih betul

    ReplyDelete
  19. sy selalu beli bawang mmg cari yg kering sikit

    ReplyDelete
  20. windu nak beli bawang siap kat pasar siam...senang keja. he he he..

    ReplyDelete
  21. Dulu saya pun tak pandai nak beli barang dapur ni, sejak jadi mak fulltime..eh, baru pandai sikit je rupanya :D

    ReplyDelete