Dengan lafaz bismillah...

Ini dikira GA pertama ammi join di blog yang baru ni.  Sesiapa yang minat membaca moh le join and support Giveaway hosted by Fariha ni.




Antara syarat penyertaan adalah untuk ceritakan tentang 2 buah buku terbaik yang pernah kita baca.

Buku Pertama
Tajuk:  Taken
Author:  Rosie Lewis



Mengisahkan tentang seorang bayi bernama Megan yang ada masalah ketagihan dadah berpunca dari ibu kandungnya yang masih dibawah umur dan sumbing yang dijaga oleh penjaga sementara, Rosie Lewis.

Sepatutnya Rosie ni bertanggungjawab untuk jaga Megan sementara je sementara Megan dapat ibu bapa angkat yang layak.  Tapi nampaknya Megan lebih menyayangi Rosie dari keluarga angkatnya begitu juga sebaliknya.  Ahli keluarga Rosie dah anggap Megan sebahagian dari mereka.  Maka bermulalah episod Rosie membuat permohonan yang penuh berliku untuk menjadikan Megan anak angkat.

Sedih sangat buku ni.  

Naluri ibu-ibu gitu.


Buku Kedua
Tajuk:  Anding Ayangan
Author:  Ramlee Awang Murshid



Mengenai seorang pemuda yang ditemui hanyut 10 tahun lalu.  Mengalami amnesia.  Lupa asal usul.  Jadi selama dia menjadi amnesia, dia bekerjalah sebagai nelayan dan mula galak bercerita tentang sebuah dongeng yang dikenali sebagai Anding Ayangan.

Bila dia bercerita, dongengnya menjadi hidup disebuah dunia yang terhijab dari dunia nyata.

"Peperangan berlaku di dunia dongeng. Kerajaan Ayangan gagal menawan Anding sejak 200 tahun lampau. Persengketaan yang berteraskan kepercayaan dan politik berlanjutan sehingga salah satu hancur. Dalam peperangan muncul pelbagai kisah yang hidup dengan pelbagai ‘rupa’ manusia. Dalam banyak ‘wajah’ terbit pula sebuah percintaan antara dua pihak. Percintaan yang bertambah menyemarakkan marah dan dendam. Percintaan yang bermaharkan kematian. Dalam kerancakan perkelahian... terpinggir sebuah tanah tengah di lautan. Tanah bergelar Pulau Chermin. Didiami raja tanpa jelata. Enggan mencampuri urusan peperangan namun terikat sumpah kalimah mempertahankan Anding dari arah lautan. Sumpah yang diikat seorang ulama berasal dari negara Brunei Darussalam."

Yang tak minat cerita macam ni mungkin akan rasa bosan..tapi ammi suka sangat