Bubur Ayam Ammi

Anak-anak ammi especially Ozil memang suka makan bubur.  Dia yang selalu request ammi masak bubur nasi.  Bila anak suka, ammi pun lagilah suka masak sebab seronok tengok dorang makan bertambah-tambah.

bubur ayam


Bahan:
  • Beras (ammi guna 3 pek nasi impit yang besar)
  • Isi ayam / rangka ayam (ikut sukalah banyak mana)
  • 1/2 biji bawang holland (didadu)
  • 1-2 ulas bawang putih (dicincang / dihiris)
  • 2-3 cm halia (dihiris)
  • 1/2 batang lobak merah (didadu)
  • 1 biji ubi kentang (didadu)
  • Garam / Perasa / Lada hitam (ditumbuk)
  • Daun sup / daun bawang

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sikit (ammi suka campur minyak bijan sikit sbb wangi).
  2. Tumis bawang holland, bawang putih & halia sehingga wangi dan sedikit layu
  3. Masukkan isi ayam / rangka ayam dan masak biar kecut sikit
  4. Masukkan ubi kentang dan lobak
  5. Masukkan beras yang dah dibasuh, goreng sekejap
  6. Masukkan air secukupnya (ammi suka letak air panas).  Kadang-kadang ammi letak stok rebusan daging
  7. Masaklah sehingga beras tu pecah & hancur.  Guna api sederhana supaya masak cantik nasi tu
  8. Perasakan dengan garam / perasa / lada hitam
  9. Masukkan daun sup / daun bawang. 
  10. Siap
bubur ayam

Ammi guna isi ayam & rangka ayam kalini

bubur ayam

Tumisan bebawang & halia (wanginyalah hai waktu ni)

bubur ayam

Masukkan ayam 

bubur ayam

Masukkan diced carrot & potato

bubur ayam

Pastu masukkan beras dan goreng sekejap macam kita buat nasi ayam, nasi tomato tu.

bubur ayam

Masukkan air dan biar dia bergaduh kat dalam tu

bubur ayam

Seperiuk besar jadinya.. yelah 3 pek nasi impit tu kan

bubur ayam set





Tada...ini hidangan hari Khamis kami.

bubur ayam, spicy asparagus

Ammi goreng asparagus belacan pedas.  Guna cili padi yang merah tu

bubur ayam, fried bean sprout


Ni (apa nama sayur ni ntah).. goreng dengan sos tiram tak pedas.  

Post a Comment

20 Comments

  1. Anak-anak Fiza pun suka makan bubur ni Ammi. Cumanya, mak dorang je malas nak masak. 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bubur senang masak.. Nak jaga jgn berkerak tu yg leceh

      Delete
  2. Wah,nampak sedapnya...Bagus la idea guna pek nasi impit..Saya tak terfikir sebelum ni.Boleh tiru ni..Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Puncanya sbb kat rumah pakai basmathi. Bila kala kanjinya nak keluar ntah

      Delete
  3. Adehhh!!! sedapnya Mrs. A
    Mrs. A pun suka jugak bubur ayam cenggini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg camni sebenarnya senang.. Takyah sidedish. Tp gatal tangan

      Delete
  4. Senang bila anak anak suka makan bubur. Senang nak masak. Boleh repeat berkali kali kalau buat bubur banyak. sayur tu saya panggil pucuk alfafa.

    ReplyDelete
  5. klu ikut tekak kita, bubur ni makan time demam2 je hehehe.. klu nak makan time sihat ni cam x lalu hehe... tp budak-budak kat rumah kita ni, suka je bubur bebila masa

    ReplyDelete
  6. Best makan bubur sebab tak payah kunyah 😂

    ReplyDelete
  7. Anak saya pun ada sorang peminat bubur. Nak masakkan juga lah nanti. Teringat ada asparagus dlm peti.

    ReplyDelete
  8. hari hari masak bubur sejak Mentua keluar wad ni.. tekaknya sakit nak menelan kesan masuk oksigen masa pembedahan hari tu

    ReplyDelete
  9. sedapnya. pinjam resepi ye. jemu makan nasi, boleh cuba bubur ni

    ReplyDelete
  10. sedapnyyaaaaa! terliur plak tgok..

    ReplyDelete
  11. Sedap nampak bubur tu Ammi.
    Rasa nak selit di situ hulur mangkuk kosong hehehee.
    Ada asparagus. Lama tak makan sayur kayangan ni.

    ReplyDelete
  12. dapppnye.. aku suka bubur...but makan pagi selalunya. Iris kalu sakit gigi or demam, dia layan jugak la. Ian langsung x nak...

    ReplyDelete
  13. memang nampak sedap , betul tu bila anak-anak berselera je makan , hilang rasa keletihan mak-mak yang memasak utk anak-anak tu

    ReplyDelete
  14. Saya suka bubur juga. Selalu makan bubur bila takde selera nak makan makanan lain haha

    ReplyDelete
  15. Hahaha.. lepas bergaduh, cantik kejadian bubur nasi ammi..
    Sayur tu sha panggil pucuk taugeh.. susah nak dapat.. sedap dimasak tumis..

    ReplyDelete
  16. sedapnya nampk bubur. kalau kami buat, nampak sendu aje..hahaa

    ReplyDelete