Peria Goreng Rangup

Hari Sabtu dah berhungga dari siang sampai ke malam, hari Ahad duduk je rumah diam-diam. Asyik ngelat nak masak je si Ammi ni tau.

Mintak abah belikan peria katak.  Teringin pulak nak buat peria goreng.

Peria Goreng Rangup


Gigih ammi hiris nipis-nipis guna parang je.  Malas pulak nak keluarkan FP untuk nak hiris.  2 batang je pun.

Bahan-bahan

  • 2 biji peria katak
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu rempah kari ikan
  • 1/4 sudu rempah kurma
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung beras
  • garam, serbuk perasa
Peria Goreng Rangup

Gaul bagi rata lapisannya lepas tu bolehlah goreng.  Api jangan kuat sangat


Tada.. ehhhh tergelap pulak sikit yang last-last ni.

Saje je nak sama warna macam Puan blog ni.  Ahaksss

Elok je rangup sampai ke malam.

Post a Comment

14 Comments

  1. Oh ada guna serbuk kari boleh cuba sebab tepung Adabi sudah habis. Agaknya boleh gunakan untuk salut bahan lain.

    ReplyDelete
  2. Bukan semua orang suka... tapi uncle suka!

    ReplyDelete
  3. pernah lah sekali makan peria goreng ni tapi sikit je makannya sebab pahit haha

    ReplyDelete
  4. Sedap ni ratah-ratah. Tak rasa pahitnya kan.

    ReplyDelete
  5. sedap je nmpk.. to sy tkot nk mkn.. tkot pahit.. haha

    ReplyDelete
  6. ni tak payah buat lauk ratah je pun habis ni ammi oi

    ReplyDelete
  7. Sedap ni buat kudapan pun. saya suka makan peria. Pernah makan tapi orang lain buatlah. hihi

    ReplyDelete
  8. Lurviey suka sgt makan ni kalau pergi kedai mamak..

    ReplyDelete
  9. Sedap makan pria kalau dibuat masak macam ini..

    ReplyDelete
  10. Mak saya suka masakan ini. Saya tidak suka hahahahha

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak Ammi. Tapi kalau saya tak suka garing sangat. Naik rasa pahit peria. huhu

    ReplyDelete
  12. Sukaaa...saya suka peria crispy ni tapi tu la bila dah banyak umur ni ,kalau makan banyak macam angin pulak..Tapi makan tetap makan🤭

    ReplyDelete
  13. Owh mcm tu ke cara resepinya hehe. Cheery buat memanjang fail.tq sharing 🤗

    ReplyDelete