4 TIPS HILANGKAN BAU BAWANG DI TANGAN

Pernah tak korang dah mandi, pastu terpaksa masuk dapur dan kemudian bau bawang melekat kat tangan. Ishhhh Ammi tak gemar betul kalau ada bau bawang menghantui hidup ammi. Perfume pon boleh tenggelam dek bau bawang.  Kita pun tau bawang merah / bawang putih ni mengandungi sulfur jadi itulah menyebabkan such pungent odors.

Ini kisah kesinambungan selepas episod Bawang oh Bawang haritu.

Ada beberapa cara yang boleh kita apply untuk nak hilangkan bau bawang.  Ini antara yang ammi pernah cuba dengan menggunakan bahan yang ada kat dapur.  

1.  Baking Soda

Ambil sedikit baking soda, letak di atas tapak tangan dan letakkan juga 2-3 titik air dan gosoklah merata pada tangan.  Baking soda boleh bantu hilangkan bau bawang tu.  

Banyak lagi tau kegunaan baking soda ni dalam kehidupan seharian kita selain untuk membantu proses masakan di dapur.  Kira baking soda ni macam ahli silap mata kat dalam rumah kita.


(Source from Google)

2.  Serbuk Kopi

Kopi pun memang macam magician juga untuk kita.  Kat shopping mall pun, kalau kita dok hidu banyak minyak wangi sebelum membeli mesti jurujual tu akan bagi kita hidu coffee seed pulak untuk kita neutralize kat semula deria bau kita.

Seperti baking soda tadi, sama juga caranya.  Ambil sesudu serbuk kopi letak ditapak tangan dan gosoklah merata. Bilas dan tadaaaaa.

Terus ammi rasa nak minum kopi.


(Source from Google)

3.  Ubat gigi

Selain baking soda dan kopi, kita boleh guna gosok tangan dekat garam.  Ada ubat gigi (confirmlah ada)..guna je ubat gigi.  Nanti siap ada bau mint lagi kat tangan.


(Source from Google)

4.  Peralatan stainless steel

Bila tiba masak pasta kadang-kadang kita dadu bawang tu kan..bau dia alahai.  Stress mak.  Jadi bila malas nak buat 3 yang di atas tu ammi guna je stainsless steel yang ada kat dapur.  Logam dikatakan mampu menghindarkan bau busuk.

Lupakan sabun..ambil sudu atau garpu dan gosokkan sudu/garpu tu dibawah laluan air untuk beberapa saat/minit.  Yeehaaaa.  Nak lagi senang gosok je tangan kat sinki dapur yg stainless steel sambil buka air.  Lagi senang dari nak ramas-ramas sudu garpu bagai.


(Source from Google)


Post a Comment

20 Comments

  1. Thanks for sharing, serbuk kopi ada letak di ujung dapur juga atau arang serap bau (untuk tangan tak pernah cuba). Stainless steel bar ada jual di daiso. Paling senang baking soda atau sudu stainless steel.. Salam Jumaat Ammi.

    ReplyDelete
  2. Kang teringgal bau kopi pulak? acaner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap apa bau kopi.. infact pewangi dalam kereta pun ammi guna kopi hahah

      Delete
  3. Replies
    1. sama kadang-kadang..tapi masih ada sikit2 dihujung

      Delete
  4. Owh.. boleh eh guna serbuk kopi.. TQ share Ammi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..tapi sayangnya nak guna serbuk kopi gantang kesukaan itu

      Delete
  5. tips ubat gigi tu selalu amalkan, tapi kalau stainless steel tu baru tau. nice sharing kak

    ReplyDelete
  6. Tahu yang guna sudu tu je. Yang lain tak pernah cuba lagi. Agak spoil mood jugalah kalau tangan bau bawang. Guna sabun pun macam, eh muncul balik bau tu kadang. Terima kasih share :)

    ReplyDelete
  7. Ubat gigi tu solusi yang paling praktikal rasanya 🤭

    ReplyDelete
  8. banyak pulak fungsi baking soda ni kan.. baru tahu tips2 ni..

    ReplyDelete
  9. wah baru tahu ni petua ..terima kasih

    ReplyDelete
  10. part letak kopi tu...aku gelak. kalu aku pun kot, terus cari kopi.. ha ha ha...
    kaki kopi sungguh. bila balik sban, roger2 la...leh kita mengopi sesama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cari kopi kalau malas nak capai baking soda sbb letak kat tempat tinggi..tapi ambik sikit je sbb sayang wei kopi

      Delete
  11. Baru tahu bawang tinggal kesan bau dekat tangan. Selama ini tak terasa pula haha. mungkin tak cukup banyak kot bawang saya pegang

    ReplyDelete