Peria adalah antara sayur kegemaran Ammi. Pahit? Tipulah kalau kata tak pahit...tapi Ammi tak kisah kalau sayur tu pahit provided that its cooked. Ammi bukan pemakan ulam (setakat ni hanya ada 1 je ulam jenis daun yang ammi DAH BOLEH makan..ulam raja kot namanya.  Dah pernah cuba tapi serius..dah kunyah bagai nak gila tapi tak reti nak telan.  Boleh gitu??

Tapi kalau ulam tu dimasak contohnya daun pegaga masak lomak, peria masak jelah apa-apa, pucuk ubi bermasak (bukan takat celur gitu) ammi pasti akan makan.

Terdapat 2 jenis peria yang ammi tahu. Peria besar / kambas dan peria katak.

peria kambas




(Sumber dari Google)

Ni peria besar.  Warna hijaunya agak cair.  Pahit dia boleh bawak bincang.  Manja-manja sikit.



(Sumber dari Google)

Yang kecik-kecik comel ni pahit extra dose sikit.  Warna hijau pekat.


Masa kecil kitorang tak tau pun nama sayur ni peria sebab kitorang panggil PAVAKKA. Bukan pawana. Itu nama lagu Search.

Kenapa Pavakka? 

Sebab ammi ni kan semi Indian. Nenek ammi sebut Pavakka, mama ammi belajar dari Mak Mertua dia dan disampaikan pada anak2 dia yang shomel2 ni. Sebenarnya PAVAKKAI lah rasanya.  KAI tu maksudnya buah dalam bahasa Tamil dan yang sewaktu dengannya. 


5 hidangan peria yang pernah ammi masak

1.  Peria goreng rangup


Resepi ada kat sini

Macam yang kat kedai mamak tu. Makan depan TV pon indah uolls. Dan walaupun pahit bila dah jadi macam keropok anak-anak bujang ammi tumpang makan sama.  Anak dara? Memang dia tak usiklah.


2.  Peria goreng belacan


Yang ni ammi siap campurkan dengan cauliflower..benda sikit jadi kita campur je apa yang ada biar nampak banyak....konsep biar papa asal bergaya gitu.

3. Kari peria pecah telur


(Sumber dari Google)

Ammi tak jumpa pulak gambar kari peria ammi..

Tapi cara dia macam masak kari biasa tu..rempah dah masak masukkan peria, empukkan sikit, pecahkan telur dan tutup periuk.


4.  Peria Sumbat Chinese Style

peria chinese style

Intinya tu campur je isi ayam, carrot, daun bawang, lada sulah, garam..mix them well pastu sumbatkan kat peria tu dan kukuslah dalam 10 minit. Taknak kukus..salut dengan telur pastu goreng pun boleh.  Yang ni ammi guna peria kambas..guna yang katak tu takut pahit bebeno pulak kang...naya Pak Abu.

5.  Jus peria


Jus peria memanglah agak raw juga.. tapi bila dicampur dengan green apple, madu sikit, secubit garam.. bolehlah dibawa berbincang.  Minum sambil-sambil buat muka control ayu.  This is actually good for digestion dan kawal tekanan darah tinggi.

Korang biasa peria masak apa?