Assalamualaikum.

Sejak Jumaat Ammi rasa agak sendu sikit. Malas nak jalan, malas nak gerak, malas nak semua benda.  Nak tidur 25 jam sehari.  Dalam hati terdetik..apakah Ammi pregnant? Sebab serius tiba-tiba teringat keadaan diri yang tak terurus masa di awal kehamilan.

Tapi..masakan bisa hamil kerna ammi sudah jalanin proses BTL sewaktu melahirkan yang bongsu kira-kira 7 tahun lalu. Ehhh..tiba-tiba kok bertukar bahasanya Ammi ini?  Tapi manusia merancang..yang menentukan itu Allah.  Bila Allah kata jadi maka jadilah.

Tapi tak...jangan ucap tahniah kat Ammi...Ammi tak pregnant uolls.  Banyak dah umur ni.  Ini apa yang ammi faham tentang BTL ye..masa doctor explain kat Abah & Ammi dulu.

Apa itu BTL?


BTL adalah Bilateral Tubal Ligation.  Salah satu cara mencegah kehamilan melalui pembedahan yang mana ia mengikat saluran peranakan wanita.  Ia boleh dilakukan dengan memotong, membakar atau mengeluarkan bahagian tiub fallopio atau dengan meletakkan klip pada setiap tiub.

Ia adalah proses pembedahan untuk memotong dan mengikat kedua-dua saluran peranakan “fallopian” wanita.  Pembedahan Bilateral Tubal Ligation akan menghalang telur daripada sampai ke rahim oleh itu menghalang 99% proses persenyawaan antara telur dengan sperma.  Lagi 1% itu atas kehendakNya.

Bilateral Tubal Ligation

(Photo credit to Google)


Mengapa BTL?


BTL digunakan ketika seorang wanita ingin mencegah kehamilan.  Ia dianggap sebagai bentuk kawalan kelahiran yang tetap, walaupun dalam beberapa kes dapat dibalikkan (reverse). Tetapi akan berlaku kerosakan pada saluran selepas pembalikan, jadi keputusan untuk membuat BTL ini tidak boleh dibuat dengan cepat.  Berfikirlah dengan rasional.


Siapa sesuai melakukan BTL?


Pembedahan ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya oleh doctor.  Tidak juga dilakukan tanpa persetujuan pasangan.  Tidak dilakukan ke atas wanita yang masih muda.

Jadi pembedahan ini hanya dilakukan pada 

  • Wanita yang sudah berada diusia tidak sesuai mengandung.
  • Wanita yang sudah mempunyai ramai anak dan tidak ingin melahirkan anak lagi

Dalam kes Ammi, Ammi agak muda juga masa buat BTL.  I was only 35 back then.  Tapi keadaan ammi ketika mengandung sangat-sangat buat Abah kata..ok tak payah anak lagi.  Haaaa takut pun abah kalau bini dia ni mati awal.  

Doctor pun masa tu suggest macam-macam alternatif sebab muda lagi kan.  Doctor kata ini usia yang kalau nak anak boleh dapat lagi 2 orang anak.  Doctor suruh fikir masa depan, kalau ditakdirkan berlaku perceraian atau kematian pasangan dan kita kahwin lain.  BTL akan buat kita tak boleh (susah) mengandung lagi.  Tak terfikir pun sebelum tu...tapi betullah kata doctor tu "our future is uncertain".


Apa risiko BTL?


Segala jenis pembedahan akan dimaklumkan tentang risiko.  Untuk BTL ni antara risikonya adalah

  • pendarahan
  • jangkitan kuman
  • kerosakan disekitar organ
  • ada juga yang boleh mengandung walaupun telah dilakukan BTL, yang mana mereka akan mengalami kehamilan ektopik (ectopic pregnancy)

*******************

Begitulah.  Ammi doakan semoga semua yang belum dikurniakan zuriat agar bersabar.  Teruskan usaha, doa dan tawakal.  Janji Allah itu pasti.  

Doa mendapat zuriat

(Photo credit to Facebook AnugerahQuran)