Minggu lepas selepas settle briskwalk untuk program 1Murid 1Sukan Kyra..ammi temanlah pulak anak-anak bujang kecik ni main kat taman. Main berdua jelah dua beradik ni sebab memang tak bagi dia main dengan budak lain pun.

Kyra Saffiya

Gaya dah macam penjaga garisan pulak si Kyra ni.

Gelanggang futsal kat belakang tu nampak macam budak besar-besar je yang main...pastu tak nampak pun rupa-rupa budak kawasan Apartment ammi.  Budak dari manalah agaknya.  Boleh tahan bahasa dorang tu..rasa macam nak masuk court tepuk mulut sorang2 pun ada gak.


Mentang-mentang dia ringan..bukan main dia sakat abangnya


Kesian ammi tengok dak abang kejar bola..



Ehhhh tiba-tiba muncul pulak ketua keluarga di situ.  Ingatkan dia dah gi main bola kat padang.  Boots rosak rupanya.

Jadilah dapat berpeluh-peluh jap.