Bila rasa itu...

Harini cuti bekerja, cuti memasak untuk breakfast dan lunch juga. Dasar berangan nak jadi mem besar memang gitu.

Breakfast pagi tadi Abah buat mee kering goreng. 

Lunch pulak lepas membeli stok-stok bahan kering dan frozen di Lulu Amerin Mall (lepas ni kita teruskan jelah membeli di Mydin macam biasa.  Harga boleh tahan mencekik kat sini) pegilah kita untuk lunch nasi kandar. Kawan-kawan seperokokan Abah kat rumah ni kata Nasi Lan Kedah (NLK) best, mantap. 

Ok..2-3 orang suggest makanya ke situ lah kami. Ammi punya excited sangguplah redah dari Balakong bypass rumah kitorang untuk ke Bandar Sri Permaisuri.

Nasi Lan Kedah


Abah dan anak daranya. Bag yang SuriaAmanda hadiahkan sempena GA sajak birthday Dania macam dah bertukar tuan je ni. 

Nasi Lan Kedah


Ambil family set je senang. Harga pun ok-ok je rasanya RM69.90 untuk semua ni. Ok ke tak? 

Dalam set ada nasi 5, ayam goreng 4,sambal sotong 2 ekor, sayur, 2 begedil, 1 telur masin & bendi. 

Suapan pertama.. Abah tengok Ammi, Ammi tengok Abah. Mata bertentang mata gitu. 

FAIL


Lain orang lain citarasa. Kadang-kadang Abah kata sedap ammi kata so-so. Tapi yang ni dua-dua memang kata NO. Kuah manis. Sambal sotong manis. Orang Kedah pun memang makan lauk manis ke? 

Tapi dah namanya rezeki, habiskan juga walaupun hazab. Part yang tak habis tu tapaulah bawak balik. Nanti kita fikir nak diapakan. 

Post a Comment

15 Comments

  1. Amboi! FAIL all caps bold lagi tuuu.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.. Nak menunjukkan betapanya tak kena dgn tekak

      Delete
  2. Akak pun tak pernah mkn lg NLK ni.
    ..tak tau nk komen...tp anak dara akak dh p mkn...boleh la dia kata..

    ReplyDelete
  3. Akak pun tak pernah mkn lg NLK ni.
    ..tak tau nk komen...tp anak dara akak dh p mkn...boleh la dia kata

    ReplyDelete
  4. adoi haha mesti geram je bila gi makan luar taksedap kan. btw done follow sini :)

    ReplyDelete
  5. Kecewa kalau harapan letak tinggi kata sedap.
    Saya memang tidak suka lauk manis.
    Haah nanti ubahsuai tambah garam pada lauk yang dibawa balik.

    ReplyDelete
  6. frustt bila mkn tak menepati rasa
    tpiiiii he heee

    ReplyDelete
  7. Asalam...seronoknya dah boleh dine -in

    ReplyDelete
  8. Ala kandar masakkannya tak boleh manis..mmm belum pernah rasa cuma tonton tentang liputan restoran tu di tv.

    ReplyDelete
  9. Jarang nasi kandar masak manis-manis ni. Selalu kalau makan memang ngam2 rasa dia. Idak ler manis sampai tara tu. Rugi jugak RM70 makannya tak sedap.Hu3.

    ReplyDelete
  10. Suka review jujur macam ni. Haha. Tapi itulah, lain orang lain citarasa

    ReplyDelete
  11. mesti rasa mcm makan kat kelantan plak ... aku pun fail & big NO kalu benda2 yg manis ni..unless its dessert. tu pun kalu manis sgt x mau jugak.

    ReplyDelete
  12. wow sedapnya makanan, tapi tu la kalau manis memang agak potong juga especially husband mama, mama ok lagi manis

    ReplyDelete
  13. Ha'ah orang kedah ada tempat makanan letak gula jugak.

    ReplyDelete
  14. Harga nampak okay dah tapi FAIL pulak dari segi rasa ye. Lain orang lain seleranya kan. Kalau saya, manis manis pun tak leh go jugak.

    ReplyDelete