BRAISED CHICKEN WITH SHITAKE MUSHROOM

Stok ayam dirumah tinggal yang boneless part. Ini pun sebenarnya part yang ditinggalkan kot-kotlah nak buat mee goreng ke, rencah goreng sayur ke..

Malas nak mintak abah ke pasar, kita masaklah apa yang ada. Mujur anak-anak dah diajar dengan "don't complain, just eat what I prepared". Maka terhasillah Braised Chicken with Shitake Mushroom. Nama taknak kalah.

Apa itu braised?


Braised adalah satu teknik masakan yang dimulai dengan menumis, kemudian dimasak dengan api perlahan dan bertutup. Ha gituuuu.

Bahan-bahan:-

  • 500 gram ayam (di potong bersesuaian dengan selera keluarga)
  • 15 biji cendawan shitake (dibelah 2 atau 3)
  • 3-4 ulas bawang putih (tumbuk kasar) 
  • 3cm halia (tumbuk kasar) 
  • 1/2 sudu lada hitam (tumbuk kasar) 
  • 3-4 tangkai cili kering (potong sebesar 3cm) 
  • 2 sudu kecil sos tiram 
  • 1 sudu kecil sos karamel
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • Daun bawang
  • Garam
  • Minyak masak dan minyak bijan

Cara-cara:-

  1. Panaskan minyak dan minyak bijan (ratio 2:1)
  2. Tumis bahan tumbuk hingga perang dan wangi. 
  3. Masukkan ayam, cili kering dan batang daun bawang dan kacau rata. 
  4. Tutup sebentar kuali supaya ayam mengecut. 
  5. Masukkan cendawan, sos tiram, karamel dan kiub ayam. Tambah sedikit air sekiranya nak berkuah. Tutup lagi kuali dan masak dengan api perlahan.
  6. Perasakan dengan garam dan apa2 seasoning yang lain.
  7. Kuatkan api, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan siap.
  8. Letakkan hirisan daun bawang.
BRAISED CHICKEN WITH SHITAKE MUSHROOM


Disebabkan ayam ni mostly adalah boneless part, maka ammi tak braise lama pun. Dalam 20 minit dah siap. 

Post a Comment

18 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah..memang sedap. eh masuk bakul sendiri pulak

      Delete
  2. Terbayang keenakan gabungan rasa ayam dan shitake. Sedapnya!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. alhamdulillah..anak-anak kata "tasty ammi"

      Delete
  4. Replies
    1. salam Maulidur Rasul kembali..
      semoga kita mendapat syafaat Baginda nanti

      Delete
  5. Ni kalau makan time hujan ..perut tengah lapar...memang tak pandang kiri kanan dah ni...
    Berpeluh penangan lada hitam tu

    ReplyDelete
  6. OK... uncle nak mengaku...

    uncle baru tau braised tu apa... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takpe. setiap hari kita belajar

      Delete
  7. Selalu memang mcm tu la...part isi ayam semua tolak tepi..kena kreatif pikir resepi utk bg anak2 mkn,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah ammi semua bahagian laku..tapi sebab dah takde bahagian lain dan bahan lain..dan kemalasan nak keluar cari bahan..maka guna jelah apa yg ada

      Delete
  8. Terbayang bayang kesedapannya.. Tambahan pula bila ada cendawan shitake.. double happines..

    ReplyDelete
  9. Sedap jugak. Nama menu memang kemain lagi. hihi..masak macam ni baru laku isi ayamnya. Suka gak masak ayam letak cendawan shiitake, contohnya macam masak ayam black pepper tu.

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap ni... letak sayur pulak. Masak pun tak lama

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap utk dicuba resepi begini

    ReplyDelete