Daun Senna

Ammi baru je tau tentang kewujudan daun senna ni 2 bulan lepas.  

Abah order air yang dah disiap rebus dari seorang pengedar.  Ammi sejenis takut nak makan benda merapu, jadi ammi cari dulu info pasal air daun ni.  Takut sekali minum-minum terus kejung je kan..tak pun ketagih ke hapa..

Secara ringkas...


Apa itu Senna?

Senna adalah sejenis herba.  Nama lain bagi daun senna adalah daun gelenggang.  Nama saintifik bagi senna adalah Alexandrian Senna, Alexandrinische Senna, Casse, Cassia Acutifolia, Cassia Angustifolia dan ada beberapa lagi nama.  

Senna adalah sejenis pokok renek yang ketinggiannya cuma 1 hingga ke 1.5 meter sahaja yang mana daun dan buahnya digunakan untuk tujuan perubatan.

Senna, daun senna

(Photo credit to NParks Flora & Fauna Web)

Kegunaan Senna


Preskripsi tidak diperlukan untuk membeli senna. Ia digunakan untuk merawat sembelit dan juga untuk membersihkan usus sebelum ujian diagnostik seperti kolonoskopi.  Bahasa pasarnya kita panggil macam julaplah.

Daun Sannah, daun senna

Antara khasiat dan manfaat daun senna 


Secara klinikal, senna juga digunakan untuk rawatan sindrom iritasi usus, pembedahan dubur atau rektum, buasir, dan penurunan berat badan.

Pernahkan sebelum kita nak bersalin, atau operate dibahagian abdomen kita diberi ubat untuk buang apa yang berlebihan diperut.  

Jadi apa yang ammi dan abah buat ialah..minum secawan je.  Ammi minum seminggu sekali je (petang Jumaat) sebab takut terceri beri ke kat office..perut ammi ngengada sikit.  Abah minum seminggu 2-3 kali jugak.  Lancar je pembuangan.

Air Sannah, Air senna

Harini Jumaat Ammi WFH..jadi malam tadi ammi minum segelas. 


Kesan Sampingan Senna

Secara umum Senna SELAMAT bagi kebanyakan orang dewasa, ibu mengandung atau menyusu dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas apabila diminum dalam jangka pendek.  Senna adalah ubat bukan preskripsi yang diluluskan oleh Food & Drugs Association (FDA). Senna boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuk ketidakselesaan perut, kekejangan, dan cirit-birit sekiranya diambil melebihi dos.

Bagi pesakit jantung, Senna boleh menyebabkan gangguan elektrolit dan boleh membuat penyakit jantung menjadi lebih teruk sekiranya diambil berlebihan.

Moralnya, makan segala apa pun janganlah berlebih-lebihan.  Ambil sekadar yang perlu.


Selepas air tu habis..nak order lagi macam mahallah pulak.  Abah beli daun dia je dan rebus sendiri.  At least rebuslah ikut banyak mana kita nak.  Takdelah dapat sebotol bagak tu.

Post a Comment

16 Comments

  1. bagus juga kita merwat penyakit secara alami drp makan ubat hospital tu...

    ReplyDelete
  2. Kalau ada khasiatnya boleh cuba, betul Ammi buat tu, check dulu sebelum minum..

    ReplyDelete
  3. ni yg lagu "buai laju laju sampai pohon sena" tu ke? he he he..
    x tau jugak pasal pokok or daun ni...tq for info!

    ReplyDelete
  4. Ohh pokok ni pernah nampak.. rupanya senna. Bunganya dulu suka main masak2

    ReplyDelete
  5. saya rasa brand Himalaya ada produk Senna, cuma tak pasti masuk Malaysia ke tidak. bagus juga, asalkan jangan berlebihan

    ReplyDelete
  6. Ada juga minum senna ni... Akak beli yang daunnya dan rebus.

    ReplyDelete
  7. Kat group wassap saya pernah jadi bualan juga daun sena ni. Tak pernah cuba lagi walaupun mungkin ada je kat sini kalau dicari.

    ReplyDelete
  8. dulu pernah beli pil suplemen yg guna daun senna ni sbb orang kata boleh detox badan. masa tu pula tengah jerawat teruk so terpengaruh dgn cakap orang utk detox bersihkan kulit la. sekali cirit birit ibarat bercampur sembelit pulak. insaf terus nak makan. tak sanggup hadap jamban huhu

    ReplyDelete
  9. First time saya dengar daun nie, rupanya banyak jugak khasiatnya..

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum..inshaAllah cuba kenali pokok sena..bagus kan

    ReplyDelete
  11. macam biasa nampak pokok ni tapi tak tau rupanya sejenis herba ya...
    betul jugak tu ammi, apa pun jangan ambil berlebihan bila berlebihan ada la dia punya kesan sampingan yang tak best

    ReplyDelete
  12. Pernah dengar dan baca info tapi belum cuba...Teringin nak cuba la...Selalu macam tu la..Nampak orang cuba,saya pun bersemangat nak cuba..Tapi ni nampak macam saya boleh go ni

    ReplyDelete
  13. Pokok ni macam biasa nampak tepi jalan. Rupanya boleh dibuat minuman juga dan ada khasiatnya.

    ReplyDelete
  14. owoooo begini rupanya rupa pokok senna yang kita selalu nyanyi buai laju laju tu. saya bayangkan tinggi dulu sbb boleh tahan tinggi juga saya ayun diri saya.

    ReplyDelete