Jumaat lepas ammi WFH. Bila WFH ni selalunya pagi je acah-acah busy check inbox jap, tengok apa jap. Tapi biasanya tak buat apa-apa pun kecuali memang ada benda yang betul-betul kena buat.  Lagi pun memang ammi dah cakap kat boss ammi ada appointment kat klinik untuk anak Ammi.

Pagi Abah gi beli ikan.  Ammi tengok Kak Amie masak ikan merah masak asam pedas..terus rasa nak makan ikan merah jugak.

Masa Abah balik tu ammi takdelah terus ke dapur.  Leka main tetris jap kat handphone.  Sekali bila ke dapur ammi tengok..eh dah kenapa rupa ni ikannya?


Si tukang siang tu potong gini ikannya.  

Setiap potongan ikan tu dibelah dua.  Bukan belah dua ditengah tulang besar tu..tapi ni dia macam sebelah bertulang, sebelah fillet.  Camna ammi nak explain ntah..

Abah kata masa abah dah pilih ikan, abah suruh je orang tu siang sambil abah gi cari benda lain.  Sudahnya inilah yang abah bawak balik.

Tak jadi nak berasam pedas (bukan sebab masalah ikan) tapi sebab masalah malas nak menumis lama.. hahah ammi buat sup ikan merah je.  Pastu lawankan dengan sambal gesek dan sayur goreng.  Siapppp.

Sebab tetiba je masa tengah basuh-basuh ikan rasa macam lepas Abah habis solat Jumaat nak gi merayap jap ke KL bawak anak-anak.  Weekend memang tak kuasalah sebab confirm ramai orang.  Lepas habis merayap kita gi pulak ke appointment Khilfi with Chiropractor.  Appointment nunnnn pukul 6 petang.