Pagi Abah gi beli ikan. Ammi tengok Kak Amie masak ikan merah masak asam pedas..terus rasa nak makan ikan merah jugak.
Masa Abah balik tu ammi takdelah terus ke dapur. Leka main tetris jap kat handphone. Sekali bila ke dapur ammi tengok..eh dah kenapa rupa ni ikannya?
Si tukang siang tu potong gini ikannya.
Setiap potongan ikan tu dibelah dua. Bukan belah dua ditengah tulang besar tu..tapi ni dia macam sebelah bertulang, sebelah fillet. Camna ammi nak explain ntah..
Abah kata masa abah dah pilih ikan, abah suruh je orang tu siang sambil abah gi cari benda lain. Sudahnya inilah yang abah bawak balik.
Tak jadi nak berasam pedas (bukan sebab masalah ikan) tapi sebab masalah malas nak menumis lama.. hahah ammi buat sup ikan merah je. Pastu lawankan dengan sambal gesek dan sayur goreng. Siapppp.
Sebab tetiba je masa tengah basuh-basuh ikan rasa macam lepas Abah habis solat Jumaat nak gi merayap jap ke KL bawak anak-anak. Weekend memang tak kuasalah sebab confirm ramai orang. Lepas habis merayap kita gi pulak ke appointment Khilfi with Chiropractor. Appointment nunnnn pukul 6 petang.
11 Comments
rare jugak cara dia potong tu hahah
ReplyDeleteha ha ha..ikan tu besar kot, tu sbb org tu potong mcm tu.
ReplyDeleteaku siap scroll ke bawah..nak tgk pic asam pedas ko...sekali x jadi. sup pun sedap jugaks
Uncle langsung tak pandai... hahaha
ReplyDeleteHaha janji potong,kan...mcm mana bentuknya jgn komen..
ReplyDeletebuat sup mmg sedap kak ammi dgn ikan merah ni..
ReplyDeleteJarang2 orang potong ikan macam ni
ReplyDeleteFirst time tengok orang potong macam tu. Buat sup pun sedap Ammi.
ReplyDeletesaya suka cara siang gini..mamak kat kampung selalu buat gini juga...
ReplyDeletepelik sikit rupa potongan nya tu Ammi, mujur masak sup pun sedap ikan merah ni... sedap menghirup kuah
ReplyDeletePelik cara potongan tu. Biasanya sekelar sekelar gitu. Mudah nak makan jugak kot potong macam ni asingkan bertulang.
ReplyDeleteHadoi.. nape dia potong macam tu.. First time tengok potongan ikan macam tu..
ReplyDelete