KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG

Semenjak bermulanya PDPR bulan May / Jun haritu Guru Besar sekolah anak-anak ada buat penghargaan secara bulanan buat anak-anak dan guru cemerlang sepanjang PDPR. 

Alhamdulillah.. pembukaan penganugerahan Khilfi dah set benchmark untuk kawan-kawan kelas dia. 

Khilfi Syahmi

Bila abang dapat anugerah, si kecik ni pun mulalah jealous. Ammi cakap, kalau nak dapat anugerah macam abang tulisan kena cantik, kerja sekolah kena siap awal, bila cikgu tanya soalan kena angkat tangan jawab. 

Khalif Syafiq

Akhirnya, September baru dia dapat jadi pelajar terbaik untuk kelas tahun 1 dia. Senyum sepanjang hari. 

Masa bagi gambar kat cikgu kelas Ozil, Ammi bagi dua pilihan gambar. Gambar yang ini dan yang latest selepas football training & match. Terkejut cikgu dia... 

Ehhh kenapa dah bertukar warna Khalif ni Puan? Saya guna gambar lama ye. 

Hahaha..kerentungan sudah anak ammi.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya


Alhamdulillah.. walaupun BERPDPR anak-anak masih berada dilandasan meskipun adakala tergelincir seketika.  Bila tergelincir, bangun dan naik semula ke landasan.  Insya Allah.

Post a Comment

11 Comments

  1. bagus nya. sekolah pun rajin so that bebudak pun semangat la kan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah untuk Khilfi dan Khalif. Semoga terus semangat ye Khalif berjaya macam abang.

    ReplyDelete
  3. wahh terbaikkk! alhamdulillah.. tahniah ammi dan jgk ank2!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Khilfi & Khalif.
    Tidak semua murid dapat beri komitmen sewaktu PDPR.

    ReplyDelete
  5. wahhh tahniah buat dua hero ammi tu, memang seronok la bila ada dapat anugerah gitu... lagi bersemangat mereka

    ReplyDelete
  6. Seronok 2 org hero akak.. walaupun belajar on9 tetap boleh berjaya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah kak! Bagus abangnya tunjuk contoh baik pada adik

    ReplyDelete
  8. Asalam..syukur ..rajin dan usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
  9. Wah tahniah . Tenang hati mak mak ni kan tengok anak rajin

    ReplyDelete