Ada yang suka kaki ayam?

Kaki Ayam

(Gambar sumber dari Google)


Ammi bolehlah makan kaki ayam tapi takmaulah kalau nampak kaki tu sebiji macam kaki. Ammi makan kalau ammi masak sendiri sebab ammi akan potong kaki tu, trim jari dia. Jadi tak obvious sangat rupa kaki tu.

Ammi ingat masa ammi pregnantkan Khilfi.  Ada abang Indonesia di restoran bawah office ammi suka letak banyak-banyak kaki ayam kalau ammi order Soto.  Dia kata "ceker ayam bagus mbak untuk ibu-ibu hamil..anaknya pantes lari nanti".  Mujur ceker ayam kat restoran tu kontot-kontot je dan lembut sungguh.  Ehhhhh terbayang pulak kesedapan soto kedai tu. 


KEBAIKAN KAKI AYAM


Kaki ayam ini ada banyak kebaikannya.  Kaki ayam terdiri daripada tisu penghubung - kulit, tulang rawan, tendon, dan tulang.  Namun, cukup berkhasiat dan memberikan sejumlah vitamin dan mineral.


1.  Kolagen & Sumber Vitamin


Kira-kira 70% daripada kandungan protein yang terdapat dalam kaki ayam adalah kolagen.  Kolagen seperti yang kita tahu adalah bahan yang membantu kulit kita untuk kelihatan muda.

Kaki ayam juga merupakan sumber folat (vitamin B9) yang baik, yang membantu sintesis DNA dan membantu mencegah kelahiran abnormal.  Ini dengan izin Allah... Kun Fayakun.


2.  Membantu mengurangkan sakit sendi

Kolagen pada kaki ayam boleh melegakan sakit sendi.  Ada kajian yang menunjukkan bahawa kolagen dapat merangsang pertumbuhan semula tisu untuk mengurangkan gejala osteoartritis.  

Pengambilan kolagen ayam secara konsisten setiap hari dapat mengurangkan rasa sakit, ketegangan (stiffness), dan disfungsi fizikal.

khasiat kaki ayam

(Gambar sumber dari Google)



3.  Membantu mencegah kehilangan tulang

Pengambilan kolagen dapat meningkatkan pembentukan dan kepadatan tulang keatas wanita yang telah menopos. 

Ketika wanita mula memasuki fasa menopos, tahap estrogen dan progesteron mereka mulai menurun. Estrogen bertindak sebagai pelindung semula jadi dan kekuatan tulang. Kekurangan estrogen menyumbang kepada perkembangan osteoporosis.


4.  Membantu mengawal gula dalam darah

Kandungan protein didalam kaki ayam mampu untuk membantu mengawal gula di dalam darah.



(Gambar sumber dari Google)


5.  Menggalakkan kesihatan jantung

Kolagen adalah komponen penting arteri dan urat, bersama dengan elastin. Kajian menunjukkan bahawa nisbah elastin ke kolagen yang baik sangat penting untuk mencegah penyakit jantung.


Jadi kalau rasa kedekut nak beli kolagen yang dijual dipasaran, beli je kaki ayam dan masak.  Antara yang biasa orang buat adalah


Cadangan resepi kaki ayam

  1. Sup kaki ayam
  2. Kari kaki ayam
  3. Kaki ayam masak kicap


Psttt.. dulu ammi suka makan kat kedai depan dangdut di Jalan Ipoh.  Kat situ ada jual kari kaki ayam (Encik Abah sukalah)... ammi biasanya akan order kari ketam.  Nanti nak check, masih wujud ke tidak kedai tu.