LUNCH YANG TAK DISANGKA

Lain macam pulak laparnya harini. Selalunya ammi ni tak lunch dekat office.

Yang pertama: Takde kedai yang Ammi yakin nak makan dari segi kehalalannya.
Yang kedua: Konon nak kurangkan makan siang during weekdays.
Yang ketiga: Kalau asyik order je koyaklah poket.

 Pukul 11.30 pagi ammi rasa ammi tak boleh nak tahan.  Bukak apps Grab dan carilah apa yang boleh alas perut ni.  Lapar kemain macamkan pagi tadi tak makan.



Order Nando's je sudah.  

Ammi ambil yang ammi rasa paling simple sekali...Saucy chicken bowl 
Pilih sauce yang hot..
pilih Port Roll instead of Mediterranean Rice
dan dapat side salad.

Bolehlah dari takda.


Post a Comment

27 Comments

  1. Kenyang tidak lepas makan? Ada orang tidak kenyang kalau makan roti sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..kenyang juga takat pukul 4.15ptg ni

      Delete
  2. aku x leh skip lunch..mesti makan walaupun simple2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mula2 nak train perut tu payah juga. lama2 dah biasa

      Delete
  3. Saya baru berangan nak puasa minggu depan untuk ganti puasa sambil kurangkan makan...
    Baru berangannnnnnn🤣
    Minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ganti puasa alhamdulillah dah settle. kene niat puasa sunatlah pula lepas ni..

      Delete
  4. Replies
    1. salad biasa je tu kak..timun, lettuce & bawang. tu je

      Delete
  5. wah...sedap tu. sesekali layan menu macam ni, okey jugak kan..eh ammi tak makan lunch kat ofis. saya..tak mahu je. skip je, jap gi dalam kul 2 lebih perut dah bergendang mintak isi makanan. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semenjak kat ofis baru ni jarang lunch sbb tak yakin sangat dgn kedai2 ni

      Delete
  6. Wah.. On diet ke kak? Nampak sedap menunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah malu pulak kalau nak kata diet.. nak ringankan timbangan je

      Delete
  7. Kena spare biskut oat macam Munchy's tu. Saya kalau lapar tetiba, memang cari biskut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada spare quaker oat 3 in 1..tp semalam tak berselera pulak

      Delete
  8. Alhandulillah rezeki, lapar mesti nak makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..semalam lapar tak leh bawak berunding. slalu ok je

      Delete
  9. bebetul menu sihat ni Ammi, tapi tengok roti dan sos ala kari tu musti kenyang... dekat tempat Ammi kedai makan tak banyak yang ok ye, leceh jugak tu kadang bukan rajin kita nak bawak bekal selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak cafe org cina..mmglah tulis takde pork/lard..tp hmmmm takyah masuk jelah senang

      Delete
  10. Samalah, selalu saya ambil breakfast dan tak lunch sangat..haha..susah juga nak cari makanan area tempat kerja ni..hehe..kalau hari-hari makanan mall, menangis juga poket :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..sekali sekala belanja RM20 oklah untuk lunch. hari2 tak ke koyak

      Delete
  11. uii tebal betul potongan timun dan bawangnya. dapat kat saya, bawang saya tinggal. makan salad dan timun je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..ammi makan timun, lettuce & cherry tomato je. bawang memang sekian terima kasih

      Delete
  12. Salad dia lagi nampak menarik dari salad Aini beli dari burger king..haha

    ReplyDelete
  13. Kena makan dah masuk time lunch ya..

    ReplyDelete
  14. Susah jugak tu susah nak cari kedai makan area office. Takpelah, menu macam ni mengenyangkan juga. Banyak khasiat ada salad segar.

    ReplyDelete
  15. Nampak sihat makanan kak ammi beli ni. Kita pula lapar tengok makanan ini semua

    ReplyDelete