Hindustan | Mimi

Semalam datang angin ammi nak tengok cerita Hindustan. Cari2 dan jumpa movie ni..

Kriti Sanon, hindustan movie, adopted mother

Mimi (2021)
Language: Hindi
Runtime: 132 Minutes
Director: Laxman Utekar
Cast: Kriti Sanon, Pankaj Tripathi, Manoj Pahwa
Genre: Drama

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri dari Amerika, John dan Summer yang tidak boleh hamil, mengunjungi Rajasthan untuk mencari ibu pengganti (ibu tumpang). Secara kebetulan, mereka bertemu dengan wanita bernama Mimi lakonan Kriti Sanon, seorang penari tempatan yang bercita-cita untuk menjadi bintang di Bollywood namun dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengejar impiannya.

Mereka meyakinkan Bhanu, pemandu tempatan yang membawa mereka untuk memujuk Mimi untuk menjadi ibu tumpang anak mereka dan dijanjikan sejumlah wang yang agak lumayan. Setelah dipujuk..dan demi mengejar cita-cita tanpa berfikir panjang Mimi bersetuju.

Ujian dilakukan, proses dimulakan dan akhirnya Mimi hamil. Bagi menyembunyikan kandungannya dari keluarga, dia meninggalkan rumah, dengan memberi tahu kepada kedua orang tuanya bahawa dia akan pergi untuk melakukan penggambaran filem yang panjang dan tinggal bersama temannya bernama Shama. Bhanu diminta oleh John dan Summer untuk menjaga Mimi ketika dia hamil.

Beberapa pemeriksaan rutin sewaktu mengandung dilakukan dan ada satu ujian mendapati bayi yang Mimi kandungkan mengalami Down Sindrom. Berita ini menghancurkan John dan Summer terutamanya, dan mereka pulang ke Amerika kerana tidak mahu anak yang Down Sindrom. Part ni sedih...bayangkan keadaan Mimi. Dahlah parents tak tau dia pregnant, orang putih tu pulak taknak dah anak tu. Mana nak diletakkan baby tu?

Akhirnya, Mimi pulang ke rumah orang tuanya dan juga berbohong bahwa anak itu milik Bhanu. Hahahaha satu hal pulak yang timbul sebab Bhanu ni sebenarnya dah ada isteri kat Delhi. Pastu kena kelentong pulak orang tua Mimi.

Mimi lalu melahirkan anak laki-laki yang sihat yang diberi nama Raj dan anak tu sihat walafiat je. Tak sindrom down pun. Menjadi ibu mengubah Mimi dan dia jadi terikat pada Raj, mengabdikan dirinya terhadapnya dan juga menangguh impian Bollywoodnya.

Namun, empat tahun kemudian, John dan Summer kembali ke India – mereka berubah fikiran mengenai bayi itu dan mereka ingin membawa Raj kembali ke Amerika. Gila Mimi nak bagi setelah mak dia bersungguh-sungguh taknak anak tu pada awalnya? Orang putih tu ugut nak ambil legal action against Mimi sebab anak tu sah-sah ada DNA suaminya. Bla bla bla..





Apa jadi next?? Silalah tengok sendiri. Nangis woooo

Rating Ammi: 4 out of 5. Cerita santai takyah nak pening-pening sangat. Ada emosi. Ada komedi.  Tengok sambil-sambil lipat kain.  Hambik...2 jam setengah ammi lipat kain semalam hahaha.

Post a Comment

15 Comments

  1. kawan2 saya pun ramai yang review filem ni, memang tengah top

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi tak pernah nampak lagi review..saja type kat google top movie netflix..kelaur tu layan ajelah

      Delete
  2. Alak pun ada baca 3,4 org review Mimi ni sblm ni. Depa kata sesuai utk tontonan sekeluarga..takda babak yg melampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat kak for family with young kids. Sexy tang baju jelah sikit nampak perut. Yang lain ok je

      Delete
  3. Suka tgk filem ni...
    Comel gila anak mat saleh tu kan ahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek kata semua filem yg ada budak comel mmg best..

      Delete
  4. dah tengok cite ni lps viral kat FB. best

    ReplyDelete
  5. Ramai juga blogger review movie ni. Saya belum sempat tengok lagi. Jalan cerita dia best jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah tengok Fiza..best. Tengok sambil-sambil lipat kain mcm ammi pun boleh haha

      Delete
  6. ramai jg yg review psl drama ni. cuma sy je x dan nk tgk lg hehehe

    ReplyDelete
  7. Pernah nampak trailer ni lalu dekatt tiktok. Saya patut masuk cerita ni dalam list sbb mcm ramai je orang cakap menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pls include this movie in your watch list..cerita sempoi takde lawan2, nyanyi guling2 bagai

      Delete
  8. dah tgk dah...best. perasan bercampur baur..gitu. ha ha ha. but yes, cerita yg santai..takyah pikir2....layan je.

    ReplyDelete
  9. ohhh...best eh..kat Netflix ke?

    ReplyDelete