Tentang seorang gadis bernama Aliza yang tidak pernah suka dengan mana-mana lelaki. Tidak suka tu bukan datang dari dirinya tapi 'sesuatu'. "Sesuatu" itu tidak membenarkan Aliza berkahwin selagi dia tak terima saka dari nenek saudaranya.
Aliza boleh berkomunikasi dengan makhluk dari alam lain. ABU. Dialog dari Abu si 'sesuatu' tu agak membosankan sebab penulis seakan terlalu berlebih-lebihan.
Setiap kali Aliza nak dirisik Abu akan cuba untuk menghalang dan apabila Aliza tersuka pada Dr. Imran pun Abu cuba sedaya upaya untuk halang. Semua gangguan ni terjadi kerana keengganan Aliza menerima saka yang cuba diturunkan padanya.
Dr. Imran pada awalnya sangat-sangat membenci Aliza dan dia juga bukanlah seseorang yang percaya pada perkara-perkara mistik. Puan Shahida, kakak pada Dr. Imran merupakan majikan pada Aliza. Dia suka sangat-sangat dekat Aliza dan berhasrat untuk jadikan Aliza ni adik iparnya. Tapi adik dia kan sombong nak mampus..berlagak, dah bertunang dengan orang spesis dia jugak.
Aliza diubati dengan cara Islam dan akhirnya....
Moral:
1) Benda syirik dan khurafat jangan dikejar
2) Percayalah akan perkara ghaib kerana ia memang wujud
3) Jodoh dan ajal adalah rahsia Allah
Komen:
Penulis menggunakan dialog yang agak berlebihan-lebihan dan ammi rasa agak bosan.
Sebab lama sangat nak habiskan membaca ada sekali tu buku ni hilang dari radar. Cari semua tempat tak jumpa dan akhirnya tau tak jumpa kat mana? Kat celah recliner sofa. Habis rosak buku.
21 Comments
kesian pulak tengok novel tu rosak akibat hilang dari radar. Harapnya nanti drama dia tak bosan lah. Pelakon pun pelakon baru.
ReplyDeleteMudah2an le..
Deleteala..sayangnya. novel ummi nadzimah ni selalu ok je.
ReplyDeleteaku dah slow giler beli novel, baca ulang2 mana yg ada je..kalu nak baca pun.
dah byk sgt novel kat umah aku tu
Ntahlah.. Org lain mungkin suka kot. Tp aku x kenan dialgo yg exaggerate sgt
DeleteTudia!! Sofa baca buku. Ha3😂
ReplyDeleteKan.. Nak baca mintak lah izin dulu. Ni main sorok pulak lepas baca
DeleteAl dah rabak novelnya...tak apalah janji tulisannya tak hilang
ReplyDeleteTulisan tka hilang.. Semangat membaca je yg hilang
DeleteRasanya macam lama dah tak baca novel setebal gini..huhu
ReplyDeleteAmmi pun betjanggut nak siapkan
DeleteTersepit di sofa. Alahai.. bagai ulang baca bahagian awal..
ReplyDeleteTaknak ulang.. Sbb boring. Ingat2 gitu je
DeleteSelamat membaca
ReplyDeleteDh habis wak
Deleteaduh sedihnya tengok buku tu huhuhuh..takpe nanti tindih dengan buku berat2 atas dia nanti insyaallah hilang kembang2 tu haha
ReplyDeleteTengah buat gini gak
Deletetajuk novel..unik tajuknya bah
ReplyDeleteContentnya biasa2 aja
DeleteSA lagi best...dah beli tpai blom baca lepas tu susun kat area novel ntah camne dan ntah sape punya kerja tingkap tu tak tutup rapat masuk air hujan terus banyak novel terkena air dan kembang
ReplyDeleteAla sayanggg
DeleteSha dah baca novel ini.. hahaha.. not badlah..
ReplyDelete