Julai 2021 adalah bulan paling menduga buat seluruh keluarga Ammi.  Seluruh keluarga Ammi di Seremban positif Covid yang mana tanggal 26 Julai 2021 menyaksikan Mama ammi tewas.  Al-Fatihah buatmu Mama.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ


Along ammi adalah Covid Cat 5 survivor. Aside from covid, she is also an asthma and diabetic patient where she has to inject insulin and inhaler on daily basis. She refused to be intubated dan doctor terpaksa bersetuju dengan "hak" along sebagai pesakit dan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas along sendiri.

Kenapa along refuse to be intubated?

Jawapannya adalah trauma.

Along ditempatkan di ward kritikal ketika di HTJ. Sebelah je dengan ICU.  Jadi dia nampak apa yang berlaku..majority yang ditidurkan, tidur terus.  Jadi dia takut.  

Dan ya.. itu hak dia.  

Along berusaha pulihkan diri dia di dalam ward dengan bantuan inhaler dan spirometer.

Apa itu spirometer?


Spirometer adalah alat untuk mengukur isipadu udara yang dikeluarkan oleh paru-paru. Spirometer mengukur pengudaraan, pergerakan udara masuk dan keluar dari paru-paru. 

Paru-paru adalah organ yang paling terkesan dengan covid.  Antara cara untuk pulihkan keadaan paru-paru adalah melalui senaman.  Bukan senaman regangan bagai tu..tapi senaman pernafasan. Kita yang tak kena covid ni pun boleh buat senaman ni..dan korang tengok sendiri mampu ke tidak paru-paru korang tu.  
Spirometer


Along pernah guna Spirometer sebelum Covid.  Masa tu along baru lepas dari pembedahan major dan memang doktor sarankan along untuk guna alat ini untuk bantu paru-paru dia.  Yelah lama on bed.  Jadi along gunakan pengalaman lama untuk rawat dirinya sendiri sewaktu berdepan dengan covid.  Along sangat konsisten dengan regime rawatannya sendiri ketika di wad.  Guna inhaler tepat pada waktu, guna spirometer.  Kuncinya adalah YAKIN.

Sesungguhnya, I am so sorry along....

Ammi tak sangka Along boleh keluar dari hospital.  Ammi tak sangka bila Along whatsapp kata Along dah boleh ditukarkan ke ward biasa.  Ward yang sama dengan arwah mama.  Arwah mama kalau diikutkan adalah Cat 3 covid.

Ammi ingat lagi dihari Along di bawa ke HTJ (sepatutnya cuma di bawa ke pusat kuarantin).  Anak daranya Alya call ammi menangis-nangis.  

"Alya:  Ammi will today be the last day i hug Mama?
Ammi:  Of course not.  Your mama is a strong lady (dlm hati ammi pun takut sebenarnya)
Alya:  Kakak takut sangat ni ammi
Ammi:  Kakak, kakak tu anak mama.  Kakak takut mama boleh rasa, kakak sedih mama boleh rasa.  Give her some positive vibes...from far".


Eh ada selingan airmata pulak.

Siapa yang perlu guna spirometer?

  • Selepas pembedahan. Ia dapat memastikan paru-paru tetap aktif semasa rehat ditempat tidur. Buat sambil-sambil duduk tepi katil. Memang susah diawalnya..tapi nak sihat ke tidak?

  • Pneumonia. Spirometri insentif biasanya digunakan untuk memecahkan cairan yang menumpuk di paru-paru pada orang yang ada radang paru-paru.  Inilah yang arwah Mama alami.  Mama tak mampu nak tiup dan tahan spirometer sebab mama baru jalani pembedahan buang tumor di sekitar rahang awal Januari 2021.  Mulut mama masih dalam proses pemulihan.

  • Penyakit paru-paru obstrusif kronik (COPD). COPD adalah sekumpulan gangguan pernafasan yang paling sering disebabkan oleh merokok. Tidak ada penawar, tetapi berhentilah merokok, gunakan spirometer, dan ikuti saranan dan latihan yang doctor plan untuk membantu mengurangkan gejala.  Abah oh abah...bila nak berhenti merokok

  • Lain-lain sebab. Seorang doktor juga boleh mengesyorkan spirometer insentif untuk orang dengan sel bersabit anemia, asma dan lain-lain.

Spirometer


Inilah spirometer yang ammi belikan untuk along.  Merata ammi mencari.  Yang kat rumah dah tentu tak boleh nak dicari sebab kunci takda.  Anak-anak along semua di pusat kuarantin.  Ammi di KL.  Argghhhh banyak sungguh masalah waktu tu.

Seingat ammi ini adalah sehari sebelum Hari Raya Haji.  Bergegas dapatkan kebenaran balik Seremban, ammi tinggalkan anak-anak pada adik ipar di KL.  


Sampai Seremban, cari port solat Maghrib pastu laju-laju hantar bekalan ini pada Along.  Barang nak naik ke ward pun bukannya senang.  Ikut pada nurse yang bertugas.  Kesian para jururawat.

Terima kasih para petugas di Ward 3A dan Ward 8D, Hospital Tuanku Jaafar.

Sekarang ada banyak juga ammi tengok apps untuk buat senaman paru-paru.  Ammi cuba juga kadang-kadang..macam nak pecah dada rasanya.