Julai 2021 adalah bulan paling menduga buat seluruh keluarga Ammi. Seluruh keluarga Ammi di Seremban positif Covid yang mana tanggal 26 Julai 2021 menyaksikan Mama ammi tewas. Al-Fatihah buatmu Mama.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Kenapa along refuse to be intubated?
Jawapannya adalah trauma.Along ditempatkan di ward kritikal ketika di HTJ. Sebelah je dengan ICU. Jadi dia nampak apa yang berlaku..majority yang ditidurkan, tidur terus. Jadi dia takut.
Dan ya.. itu hak dia.
Along berusaha pulihkan diri dia di dalam ward dengan bantuan inhaler dan spirometer.
Along berusaha pulihkan diri dia di dalam ward dengan bantuan inhaler dan spirometer.
Apa itu spirometer?
Spirometer adalah alat untuk mengukur isipadu udara yang dikeluarkan oleh paru-paru. Spirometer mengukur pengudaraan, pergerakan udara masuk dan keluar dari paru-paru.
Paru-paru adalah organ yang paling terkesan dengan covid. Antara cara untuk pulihkan keadaan paru-paru adalah melalui senaman. Bukan senaman regangan bagai tu..tapi senaman pernafasan. Kita yang tak kena covid ni pun boleh buat senaman ni..dan korang tengok sendiri mampu ke tidak paru-paru korang tu.
Along pernah guna Spirometer sebelum Covid. Masa tu along baru lepas dari pembedahan major dan memang doktor sarankan along untuk guna alat ini untuk bantu paru-paru dia. Yelah lama on bed. Jadi along gunakan pengalaman lama untuk rawat dirinya sendiri sewaktu berdepan dengan covid. Along sangat konsisten dengan regime rawatannya sendiri ketika di wad. Guna inhaler tepat pada waktu, guna spirometer. Kuncinya adalah YAKIN.
Sesungguhnya, I am so sorry along....
Ammi tak sangka Along boleh keluar dari hospital. Ammi tak sangka bila Along whatsapp kata Along dah boleh ditukarkan ke ward biasa. Ward yang sama dengan arwah mama. Arwah mama kalau diikutkan adalah Cat 3 covid.
Ammi ingat lagi dihari Along di bawa ke HTJ (sepatutnya cuma di bawa ke pusat kuarantin). Anak daranya Alya call ammi menangis-nangis.
"Alya: Ammi will today be the last day i hug Mama?
Ammi: Of course not. Your mama is a strong lady (dlm hati ammi pun takut sebenarnya)
Alya: Kakak takut sangat ni ammi
Ammi: Kakak, kakak tu anak mama. Kakak takut mama boleh rasa, kakak sedih mama boleh rasa. Give her some positive vibes...from far".
Eh ada selingan airmata pulak.
Siapa yang perlu guna spirometer?
- Selepas pembedahan. Ia dapat memastikan paru-paru tetap aktif semasa rehat ditempat tidur. Buat sambil-sambil duduk tepi katil. Memang susah diawalnya..tapi nak sihat ke tidak?
- Pneumonia. Spirometri insentif biasanya digunakan untuk memecahkan cairan yang menumpuk di paru-paru pada orang yang ada radang paru-paru. Inilah yang arwah Mama alami. Mama tak mampu nak tiup dan tahan spirometer sebab mama baru jalani pembedahan buang tumor di sekitar rahang awal Januari 2021. Mulut mama masih dalam proses pemulihan.
- Penyakit paru-paru obstrusif kronik (COPD). COPD adalah sekumpulan gangguan pernafasan yang paling sering disebabkan oleh merokok. Tidak ada penawar, tetapi berhentilah merokok, gunakan spirometer, dan ikuti saranan dan latihan yang doctor plan untuk membantu mengurangkan gejala. Abah oh abah...bila nak berhenti merokok
- Lain-lain sebab. Seorang doktor juga boleh mengesyorkan spirometer insentif untuk orang dengan sel bersabit anemia, asma dan lain-lain.
Inilah spirometer yang ammi belikan untuk along. Merata ammi mencari. Yang kat rumah dah tentu tak boleh nak dicari sebab kunci takda. Anak-anak along semua di pusat kuarantin. Ammi di KL. Argghhhh banyak sungguh masalah waktu tu.
Seingat ammi ini adalah sehari sebelum Hari Raya Haji. Bergegas dapatkan kebenaran balik Seremban, ammi tinggalkan anak-anak pada adik ipar di KL.
Sampai Seremban, cari port solat Maghrib pastu laju-laju hantar bekalan ini pada Along. Barang nak naik ke ward pun bukannya senang. Ikut pada nurse yang bertugas. Kesian para jururawat.
Terima kasih para petugas di Ward 3A dan Ward 8D, Hospital Tuanku Jaafar.
Sekarang ada banyak juga ammi tengok apps untuk buat senaman paru-paru. Ammi cuba juga kadang-kadang..macam nak pecah dada rasanya.
25 Comments
Salam takziah buat ammi diatas pemergian mama Ammi..semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman.
ReplyDeleteI'm very impress with your sister.. klau Aini xtaulah boleh buat ke tak. Aini sendiri pun asma tp xde la kerap guna inhaler mcm your sis. Aini kene asma attack bila cpt penat or musim hujan kerap la pakai inhaler tu.
Tulah sama dengan ammi..
DeleteAllahu..berat sungguh ujian. Tambah tambah lagi bila jauh. Apa yang boleh kita buat adalah doa dan terus kuat.
ReplyDeletebetul..beratnya hati masa tu Allah saja yg tau. Airmata tu keluar kat mana-mana je..tengah masak pun tiba2 eh ada pulak airmata
DeleteAllahu akhbar...
ReplyDeletefirst of all, takziah atas pemergian arwah MAMA ammi.
Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan mereka yg solehah disisinYA ..amin
secondly,
tahniah buat kakak long sebab berjaya dan bersungguh bertarung melawan covid-19 ni.
SAngat kuat semangat kak long!!
semoga menjadi inspirasi buat mereka yang lain jugak... insyallah
thirdly,
Tu la alat spirometer slalu nampak tp mmg mula x tau apa function dia.
Tapi bila SIL terkena covid baru2 ni, then baru la nk amek tau pasal spiromter ni.
Pape pun, semoga ammi sekeluarga sentiasa kuat n tabah menghadapi apa jua dugaan esp time2 covid ni ye
Thanks Kak Ret..
DeleteShe inspires me till today
Sebak akak membacanya Ammi...semoga arwah mama ditempatkan bersama org2 yg beriman..
ReplyDeleteAaminn..
Deletesalam takziah buat ammi sekeluarga...alfatihah
ReplyDeletepenah jg nampak alat ni tp x tau utk apa. namanya pun apatah lg ;-)
Terima kasih Anies..
DeleteSkrg dah tahu harap bermanfaat
Allahu, Salam takziah kak ammi. Semoga arwah mama kak ammi ditempatkan dengan orang yang diramhmati Allah.
ReplyDeleteAaminnnn.insya Allah
DeleteAllahu tersentuh.innalillahiwainnailaihirojiun Salam Takziah, moga arwah mama Ammi dirahmati Allah swt. Mudahan besar pahala tu menolong along, moga Ammi dilindungi Allah swt.
ReplyDeleteAaaminnn..
DeleteArwah ayag uncle pun pernah pakai benda ni...
ReplyDelete(Ammi... kenapa komen ammi kat blog uncle masik pegi ke profil lama? huhuhu)
Sekarang jom kita pun pakai jugak..kasi paru-paru bersenam.
DeleteAmmi dah explain uncle kat comment uncle. Ammi dah sign out dari email lama..harap2 tak ke profil lama lagi. Tak ghoti den nak godek
Salam takziah buat Ammi sekeluarga. Semoga roh arwah di tempatkan bersama para solihin. Alfatihah
ReplyDeleteAaaminnnn Fia..
Deletepernah nampak alat ni...moga yg baik2 saja utk family ko..in sya Allah
ReplyDeleteAllahu..semangat yg kuat & positif Along..
ReplyDeletepernah try exercise spirometer ni..naik sikit je bola2 tu..betul, rasa nak pecah dada..
Al-Fatihah untuk arwah.
ReplyDeletePernah nampak spirometer tapi tidak pernah guna.
Al-Fatihah untuk arwah mama Ammi. Takziah buat Ammi dan keluarga atas kehilangan ini. Alhamdulillah, Along Ammi is a very strong lady. Saya pun ada asthma juga. Dahulu masa masuk wad lepas kena attack, macam-macam latihan pernafasan kena buat :)
ReplyDeleteAl-Fatihah dan salam takziah untuk kak ammi sekeluarga. sedih baca cerita ni.
ReplyDeleteSalam takziah ammi...spirometer ni pun Mak Pah guna untuk kuatkan paru- paru lepas mak buat bypass..
ReplyDeleteAllahu akhbar.. Salam takziah atas pemergian arwah Mama Ammi..
ReplyDeleteSemoga roh arwah di tempatkan dikalangan mereka yg solehah.. Aamiin..
Sangat kuat semangat kak long Ammi.. Semoga menjadi inspirasi buat mereka yang lain jugak.. InsyaAllah..
Sha baru tau pasal spiromter ni.. TQ Share Ammi..