Ini antara hidangan minum petang yang family kecil ammi paling suka. Khilfi yang bukan penggemar tauhu pun suka juga. 




Bahan-bahan

4 ketul tauhu lembut
2 tiub tauhu jepun
isi ayam / udang 
1 biji cili merah (didadu kecil) 
daun bawang (dihiris) 
daun sup (dihiris)
lobak merah (didadu kecil/diparut) 
telur 4 biji
garam, serbuk lada putih/hitam, serbuk perasa


Cara-cara

  1. Kisar tauhu lembu, tauhu jepun, 2 biji telur dan isi ayam/udang sehingga halus. Ammi guna food processor jadi tak perlu letak air. Kalau guna blender biasa yang bukan heavy duty mungkin kena kisar sikit demi sedikit. 
  2. Masukkan hirisan daun bawang, Daun sup & cili merah dan perasakan dengan garam ,serbuk lada putih & serbuk perasa dan gaul hingga sebati.  
  3. Masukkan bancuhan ke dalam bekas kecil (atau apa-apa bekas yang boleh di kukus). 
  4. Kukus selama 10-15 minit (bergantung pada bekas apa yang digunakan). 
  5. Keluarkan dari bekas kukusan, sejuk kan sebentar. Celup dengan telur yang telah di pukul dan goreng.

Nota: untuk yang berdiet.. Makan cicah sos selepas kukus pun dah sedap.