Semalam balik kerja ammi rasa lapar sangat.
Hampir 2 hari tak makan nasi uollss.
Abah & anak-anak ke Seremban pagi Isnin. Jauh nau merepair kereta...mujur tak repair kat Langkawi. Petang Isnin Abah call kata tak boleh balik sebab ada sparepart yang tak sempat sampai dan nak sambung buat hari Selasa. Hmmmmmm. Maka terpaksalah seketul ammi ni tidur sorang-sorang kat rumah.
Pagi Isnin ammi sarapan maggi je kat office. Balik kerja dalam pukul 3 tu ammi beli sebuku roti je, bakar 2 keping makan dengan daging burger. Malam tak makan sebab rasa kenyang sebab ada sulam dengan buahlah, keropoklah.
Pagi Selasa sebelum ke office, ammi belilah kuih 2-3 ketul dari makcik bawah rumah. Sampai office macam biasa sediakan nescafe o kaw dulu secawan..dah gian kafein. Malam sebelumnya dok tahan takmo minum.
Petang Selasa ammi keluar office agak lewat. Pukul 4 baru keluar. Dalam otak macam "nanti nak singgah beli nasi kerabu depan pagar rumah". Tapi masa kat dalam grab tu tiba-tiba teringat resepi tumis telur yang Dana pernah share dulu. Laju-laju cari resepi tu..mmg simple tapi biasalah...Ammi mudah lupa.
Sampai rumah, masukkan wedges dalam Air Fryer...masak nasi pastu ammi solat Asar dulu. Lapar wei...
Conceng-conceng jap kat dapur...alhamdulillah siap.
Call Abah tanya dia kat mana..masih di Seremban. Ok baiiii..tak kuasa nak tunggu makan sama-sama. Ammi dah lapar tahap apa ntah.
Haaaa...amacam Dana? Kira jadilah ni walaupun tak pedas sangat dan tak pekat kuahnya macam Dana punya. Cili ni macam menyorok ke mana ntah rasa pedasnya.
Ammi derhaka sikit tumbuk halia sebab takut rasa hanyir telur tu
Lawankan dengan sambal sardin. Serius tak pedas. Ammi makan sambil letak chili flakes semalam sbb apa kena ntah cili padi ni..
Dan....yang kelakarnya, dah hampir nak tidur baru ammi teringat ammi ada masukkan wedges dalam Air Fryer. Tujuan asal nak masukkan wedges tu dalam sambal sardin. Ahaksss.
***************
Pagi tadi panaskan semula wedges yang dalam Air Fryer tu, balance sambal sardin kita nasi gorengkan aja untuk sarapan pagi.
Apsal teruk sangat level pelupa ko ni Ammi oooiiii??
44 Comments
biasa la tu...faktor umur, sama je aku pun..
ReplyDeleteemmm...x pernah try masak cam ni..leh cuba ni
lauk sempoi less than 1/2 hour blh siap..
Deletefuh sedap2 nampak semua! Tergelak saya terbayang repair kereta bawak ke langkawi tu hahaha
ReplyDeleteyelah..ibarat sarapan di lemang To'ki.. lunch di asam pedas melaka. Ada je kan org gini
Deletehaha...selalu gak tertinggal mkanan dalam air fryer. dah siap makan baru teringat
ReplyDeletekalau boleh bersuara mesti meremang dok dengar org panggil nama kita sayup2 kan haha
DeleteSedap pulak tengok nasi goreng tu..
ReplyDeletenasi goreng guna belen lauk memg sedap
Delete"mujur tak repair kat Langkawi"..haha..kelakar lah Ammi. Nampak sangat pasrahnya :P
ReplyDeleteyelah kan..mcm kat KL ni xde kedai pulak
DeleteUncle kalau tiru pun tak jadi... huhuhu
ReplyDeleteehhhh belum cuba belum tau
Deleteorg perempuan, conceng conceng nahh hasil totap menyelerakan hehe kalau bagi kat kita conceng2 hampeh jadinya hahaha
ReplyDeletekena cuba dulu bang.. suami ammi dulu pun slalu kata tak reti tak reti..sudahnya sekarang anak-anak selalu je request kat dia macam2
DeleteTelur tumis tu sedap. Fiza pun masukkan halia kalau buat stail gitu untuk kurangkan hanyir telur. Dah lama tak buat. Hehe... Nanti kita buat.
ReplyDeletelauk sempoi mmg bestlah kot kan..takyah nak beriya sangat
Deletewah terlihat sedap sekali mbak
ReplyDeleteapalagi saat cuaca hujan seperti ini
sangat nikmat disantap bersama keluarga
iya emang enak.. makasih pada mbak Dana yang share resep nya..
Deletelain macam hasil conceng2 nya. boleh mengundang lapar.
ReplyDeleteratah begitu pon sodap tumis telur. tak pun campak mee maggi dalam tu.ha3
kalau bab nak makan tu laju jer memikir.
kalau pagi Isnin tak makan maggi rasanya mmg maggi juga..
Deletetp hari2 makan maggi kan kene gi visit spital pulak dah umur lanjut gini
Itu tandanya kena pi bercuti tu Ammi...refresh balik...hahahaha
ReplyDeletehahahah..nak duit
DeleteSedap tu resipi tumis telur blogger Dana. Saya suka perkongsian masakannya.
ReplyDeletekan..ammi pun dah cuba 2-3 resepinya.
DeleteNampak sedap..belum pernah try..boleh masuk list ni..
ReplyDeleteBest kan sesekali jadi orang bujang🤣
best sangat mamacella..tenang je takyah suruh mandi, suruh kemas katil, suruh basuh cawan yang dorang dah minum tak reti nak basuh
DeleteSedapnya sajian ammi, pandai masak, repair kereta di langkawi, kena la ikut hehe..
ReplyDeleteKan..dah alang-alang tak pernah jejak kaki ke Langkawi..mana boleh suruh dia gi sendiri
DeleteSambal sardin tu mengancam
ReplyDeletetapi tak cukup pedaslah wak
DeleteAsal jadi sudah lah kan. Mujur teringat jugak tu. Kalau lupa sampai berhari hari entah apa khabar agaknya wedges dalam air fryer tu. Banyak fikir kot Ammi.
ReplyDeleteFikir nak makan je masa tu Fiza..lapau
DeleteWah..rezeki dariNya kena makan
ReplyDeleteasal dah ada mmg kena makan..
DeleteNext time kena set reminder. Kesian wedges tu menung dalam air fryer
ReplyDeletekalau boleh bersuara kesian dia..sampai hilang suara gamaknya memanggil ammi
Deleteini pun dah nampak sangat sedap..
ReplyDeleteterliur juga nak makan dan merasainya
silakan di masak En. Hanafi
Deletejadi kak tumis telur hancur tu... dana pun suka boh kuah banyak, ok je boh halia sikit sebab kadang risau bau hanyir telur kuat...
ReplyDeletenampak ammi punya tumis telur rasa lama dah tak masak, kene masak malam ni rasanya ni
hahahha..thanks tau Dana share resepi sempoi2 gini.
Deletesedap2 masakan ammi. tumis telur tu mama tak penah buat lg. ala sup juga kan. sedap hirup kuah tu
ReplyDeletecubalah mama bila dah kering idea tu.. pedaskan sikit tumisannya..wallahhh
Deletesedapnya...sambal sardin boleh buat dua menu...kalau ada roti, boleh buat sandwich..
ReplyDeletekan..kalau ammi suka je sandwich sardin..anak2 kurang sikit tu yang nasi gorengkan aja
Delete