Busy pulak kat office pagi tadi..tak sempat bernafas rasanya.
Semalamkan Kyra naik asrama..dan ammi post yang ammi tak dapat hantar tu.
Jadual asal Kyra masuk asrama pukul 1 hingga 2 petang. Macam mana ntah dia gi tanya ngan warden pastu warden izinkan dia tukar waktu dan dia tukar pukul 3 hingga 4.
Ha...baru nak suruh selfie-selfie ngan abah tup-tup dia kata tukar slot.
Mesti penuh harapan nak ammi ada jugak.
Haaaa...nampak tu soalan dia. Ala ala ala..suwit sangat.
Ammi sampai je rumah terus dia cakap..."Kakak tau ammi sayang kakak..sebab tu ammi balik"..Ehhhhh.
Ammi dapat balik sebab kebetulan masa boss balik dari lunch ammi tengah on the phone dengan Kyra. Boss dengar dan dia kata..baliklah. "Your daughter needs you more than I do Shila", katanya. Dia boleh handle meeting dengan client tu sorang tapi ammi kena standby je phone kat sebelah.
Jadi kesimpulannya dapatlah ammi sama-sama hantar anak dara ni balik. Dan mak-mak memang betul instinctnya. Ammi perati je abah bawak turun bag dan barang besar. Ammi dah aim dah baju yang dia dah iron sesiap tu. Dia sangkut kat tepi pintu. Dia keluar rumah bawak paper bag, pakai kasut pastu ammi tanya..
Ammi: Esok pergi sekolah pakai baju apa?
Kyra: Baju sekolah
Ammi: Baju yang kakak pakai sekarang ni ke?
Kyra: Taklah. Baju yang kakak dah iron semua tu.
Ammi: Mana baju tu?
Haaaaa tersenyum macam kerang busuk dia masuk semula ambil baju.
Parents tak boleh turun langsung dari kereta. Tapi abah turun juga sebab nak turunkan bag besau tu dari bonet. Kesian kot anak-anak angkut sendiri naik asrama. Ammi suruh dia tarik je bag tu masa naik tangga...takyah nak peduli tayar dia rosak ke apa. Dari bahu ke pinggang ke yang sakit...biar tayar bag tu pecah.
Buat Covid test dalam kereta. Kalau negatif baru boleh turun. Kalau kata positif silalah terus je keluar dari kawasan sekolah. Alhamdulillah...result negatif. Dup dap juga.
Ek eh kaki tu.. punyalah panjang kaki dia kan
Tak dapat nak turun kereta..
Bye kesayangan ammi...belajar rajin-rajin.
Habis je hantar Kyra, Ammi terus ke Klinik untuk ambil result blood test haritu dan nak jumpa doctor untuk review. Nanti ammi share lain lah ye pasal ni.
17 Comments
ala sedihnya...belajar pandai2 yer... moga Allah sentiasa melindungi Kyra...
ReplyDeleteAaminn
Deletewahh dh besar anak dara ammi nih.. 😅
ReplyDeleteBesar lah wak.. Amminya pun dah season
DeleteSedihnya tengok anak nak masuk asrama, tak boleh bayang pulak anak saya nanti masuk asrama..huwaaa (padahal anak sulung baru darjah 2)
ReplyDeleteSedih mmg sedih.. Tapi fikir kan future dia takpe kita sama2 berkorban.
DeleteHari ni masuk asrama, nanti masuk universiti sambung belajar, kerja, lepas tu kawen....tiba2 teringat diri sendiri😅
ReplyDeleteHahaha.. itulah lumrah. Sbb tu jgn pilih suami org jauh2. Nanti susah nak balik jenguk mak
Deletedia nak juga ammi nya hantar dia... anak sulung selalunya manja lain dari si bongsu ammi oi...
ReplyDeletemujurla boss ammi sangat memahami dan boss yang bagus
Aduhai tinggi betul lah si Kyra ni ye ammi,ngikut bapaknya tu
Aah.. Penuh harapan. Mujur sempat ammi balik
DeleteAlhamdulillah dapat bos yang memahami. Selamat bersekolah Kyra
ReplyDeleteTulah.. Mana nak cari bos gini ntah
DeleteAlhamdulillah dapat juga menghantar kakak kyra. Untung ammi dapat boss baik punya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sbb tu dah bertahun 10 tahun dgn dia. Dr pangkat dia junior skrg dah bukak firm sendiri
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteank2 kembali ke rutin. biasa dah
slmt belajar
Patuh cikgu tau!
ReplyDeleteSAa x pernah lagi berpisah dengan Dania...x tau la macam mana nanti perasaannya kalau berpisah dengan dia...selamat belajar Kyra...ala...kejap je kan..x lama lagi cuti hujung tahun
ReplyDelete