Dipilih

Ammi dah on the way balik rumah dah ni. Dalam train apa lagi nak buat selain scroll FB, main sudokukan.

Ada kawan ammi share ni.  Kalau diberi pilihan untuk pilih 1 je dari 4, korang akan pilih yang mana? 


Kalau Ammi, I will definitely go for number 2.  Bukan sebab ammi anak no. 2 uollss tapi sebab memang itu yang diperlukan. 

Tidur
Bab tidur tu Alhamdulillah dah tak ada gangguan anak bangun tengah malam nak susu, kembung perut.  Kalau terganggu pun sebab nak ke tandas. Tulah pakar pemakanan selalu cakap jangan minum banyak 2 jam sebelum tidur.. tapi kadang-kadang kalau haus belasah jelah. 

Anak makan tanpa complain
Yang ini pun Alhamdulillah. Setakat ni anak-anak tak memilih makanan untuk dimakan.  Abah & Ammi masak, silakan makan ye anak-anak. Jangan banyak bunyi, jangan nak asing-asingkan sayur, bawang bagai. Silakan di kunyah. 

Bunyi kejamkan? MEMANG KEJAM sebab Ammi belajar dari persekitaran. Pernah nampak ada kawan, saudara yang mana waktu makan diluar, mak terpaksa pilih-pilih asingkan sayur dalam pinggan nasi goreng anak sebab anak refuse to eat kalau nampak ada yang hijau. Dan aunty ammi dulu pun cakap "let your kids cry today, if not you will cry later". 

Someone run my errands
Setakat ni semua errands runs by Abah. Ala tapi kebanyakan sekarang dah guna online... Kecuali gi pasar. 

So, kesimpulannya.. Ammi sangat memerlukan yang no. 2 nak-nak bila assistant paling hebat ammi nak masuk asrama hari Ahad ni. Siapa nak jemur dan angkat kain. Siapa nak sapu rumah sampai licin. Siapa yang nak tolong lap meja makan dengan bersih tanpa minyak melekit. 

Yang bujang berdua tu membantu tapi...bantu style budak laki/orang lelaki lah. Asal boleh gitu. 





Post a Comment

21 Comments

  1. aku pun..pilih no 2. ko mesti lum baca lagi entry yg aku wat utk ko kan? sbb x nampak lagi ko komen entry tu...emmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai pilih no. 2.
      Dah baca dah... Terharu ada special entry dedicated utk aku

      Delete
  2. SA pun nak no 2 tu je...lain x nak..hahahaha

    ReplyDelete
  3. sama lah kita nak no 2 sebab paling menyampah nak kemas rumah. yang lain takde masalah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Nyampah sbb asal kemas bukan anak je yg buat sepah.. Bapaknya sekali join

      Delete
  4. Nak semua boleh? hahaaa.. bestnya tidur nyenyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kang takut takleh tido plak sbb x penat takde kerja

      Delete
  5. hahhaha kita plak nak semua org buat kan :)
    dah x bole nak pikir nak buat sendiri dah hahaha... tido pun lately ni mcm tak cukup bkn sbb ada anak kecil tp mcm insomnia plak.. ssh nk tido malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along ammi pun sama lately takleh tidur malam. Risau tak tentu pasal.

      Take care fren

      Delete
  6. Samalah nombor 2. Untungnya Ammi, banyak hal dipermudahkan Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Kita yang lelaki ni pun amik no 2.. rumah kemas bersih ni buat kita rasa nyaman & tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila besepah rasa serabut. Elok rasa nak senyum terus tak jadi

      Delete
  8. cik timm pun nak yg no. 2. senang sikit, seronok betul kalau rumah boleh bersih sendiri..stress betul, huhu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Penah sekali during PKP ni balik kerja rumah besepah. Terus rasa down

      Delete
  9. kalo blh sy nk plih sume.. haha
    skrg ank masih fasa bangun malam.. nk kencing la.. nk susu la..
    ank pon kdg2 memilih mkn.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh dah umur2 Pia ni malam lepas tidur jgn bagi susu lagi. Rosak gigi nanti.

      Delete
  10. Saya pun pilih no.2 Ammi :)
    No.1 macam okay je. No.3 belum ada lagi. No.4 macam kena buat kerja sendiri puas hati.

    ReplyDelete
  11. Rumah bersih idaman semua..sunnah nabi bersihkan tempat tinggal...

    ReplyDelete