Finally after 25 weeks

Semalam hari pertama persekolahan untuk Ozil selepas berPDPR penuh selama hampir 25 minggu. Perghhh.. 25 minggu penuh mencabar untuk ibu-ibu terutamanya.  Ayah-ayah agak chill (ayah lain taktaulah). Tapi ayah di rumah kami ni.. sejenis tanya "homework dah siap? GM pukul brapa? GM masuk tak tadi? Kerja dah hantar?"..

Tanya tanpa melihat.

Kalau si emak ni tanya, jawapan perlu disediakan bahan bukti.  Don't mess with mothers ok.  We need proof.  Ammi rasa kebanyakan ibu-ibu kat luar sana macam ni.  Apa barang cakap pakai airliur.  

Kita pun pernah kecil, kita pun tau apa itu MALAS, kita pun tau apa itu TIDAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH.  Bezanya zaman Ammi kecil dulu, tak siap kerja sekolah cikgu ada hak untuk rotan, denda.  Sekarang hilang sudah hak cikgu yang itu.  Hak yang sepatutnya pada ammi patut dikekalkan.  

Mummy Ayu ingat tak cikgu Lim Yew Beng (cikgu Math kita).  Asal jumpa je dia soal sifir tak kira tempat.  Jumpa di kantin, jumpa di tangga, jumpa di laluan ke bilik guru.  Tak dapat jawab selamat sideburn kita tak kira lelaki atau perempuan.

Sebenarnya bukanlah tak boleh jawab sifir tu..tapi cara dia bagi congak impromtu dan dengan jari telunjuk dia kat depan muka kita tu yang buat menggelupur lari semua sifir yang dah dihafal.

Eh melalut pulak ammi ni.  Nak cerita pasal Ozil terflashback pulak.

seluar senteng

Gambar kiri pegang beg tu gambar semalam 1.11.2021.  Seluar dah agak senteng.  
Gambar kanan gambar hari pertama persekolahan pada 1.3.2021.  Seluar agak panjang.
Baju alhamdulillah masih sama warnanya 


Sepanjang sessi persekolahan dari 1.3.2021 - 7.5.2021 anak-anak takde peluang bermain langsung.  Makan semua di dalam kelas dengan cikgu.  Itu antara faktor kenapa baju masih sama warna seperti baru beli.

Kesian anak-anak darjah 1 dan 2.. mereka belum kenal lagi apa itu beratur beli makanan di kantin.  Apa itu main kejar-kejar lepas settle makan laju-laju kat kantin. 


Post a Comment

19 Comments

  1. nampak lain la makin ensem apa... yang penting bersemangat nak sekolah, kita pun senang hati

    ReplyDelete
  2. of coz aku ingat, aku hafal semua sifir sbb cikgu Lim tu la. dulu kita ada congak, markah renah siap kena cubit perut + pulas..ui..ngeri beb.
    selamat gi sekolah balik yer. anal2 aku pun dah start dah..

    ReplyDelete
  3. slow2 dh sekolah nk bukak sume.. happy la dpt jmpa kwn2..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dia tak happy sebab kawan dia dari tadika dalam grup lain.

      Delete
  4. Alhamdulillah dah start sekolah..ooo Ayu dan Ammi satu kelas ye....

    ReplyDelete
  5. Sama dengan anak feni. Seluar baju dah ketat dan senteng. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kecik ni seluar je senteng. Baju ok lagi.
      Abang nanti taktaulah. Ammi belum sempat nak suruh dia cuba

      Delete
  6. hahaha patut lah dah hujung tahun pun baju cantik aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dulu 5 minggu dah ada kesan hitam kat baju

      Delete
  7. budak2 mmg cepat besar ye, hihi, selamat kembali bersekolah..

    ReplyDelete
  8. Handsome... mesti ada peminat rahsia kat sekolah ni....

    ReplyDelete
  9. Smart bergaya adik..semangat nak pergi sekolah

    ReplyDelete
  10. Selamat kembali ke sekolah Ozil. Seronoklah dapat jumpa kawan-kawan. Tanpa sedar, membesar dengan jayanya. Banyak berubah dari march haritu.

    ReplyDelete
  11. yup.. mak-mak perlu bahan bukti.. kikiki..
    selamat kembali ke sekolah Ozil..

    ReplyDelete