Ada yang pernah tengok movie ini?
Ada 3 siri semuanya...dan semua ammi tengok. Ammi bukan nak review pasal movies ni pun. Tak ada idea nak post apa sebenarnya dan tiba-tiba teringat cerita ni.
Ammi suka tengok cerita yang base on true story...contohnya Gunjan Saxena tu. Walaupun biasalah, base on true story punya cerita semua yang dipaparkan yang positif aja..yang negatif sorok belakang gitu. Tapi at least kita dapat gambaran perjalanan hidup dorang.
Filem ini berdasarkan memoir yang ditulis oleh Presiden Republik Indonesia ke-3, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai B. J. Habibie mengenai isterinya, Hasri Ainun Habibie, yang juga diberi nama "Habibie dan Ainun".
Cerita ni mengisahkan tentang Rudy (lakonan Reza) dan Ainun (lakonan BCL) pada sekitar tahun 1953 di Bandung. Dua-dua ni ada otak yang genius dan brilliant. Rudy ni agak nerd orangnya. Pada awalnya Rudy ni suka juga pada Ainun tapi dia biasalah bila dicabar kawan dia pun dengan berlagaknya pegi kat Ainun dan cakap "kamu kok hitam kayak gula Jawa". (Khilfi bukan main suka dengan dialog ni..jangan dia cakap dengan bakal isteri dia nanti camni sudah)
Tamat belajar sekolah menengah, Rudy melanjutkan pelajaran di Aachen, Jerman dalam bidang kejuruteraan (pesawat udara) dan dia terus bekerja di Jerman. Ainun pula menyambung pelajaran di dalam Indonesia je dalam bidang kedoktoran. Pada 1962, keduanya bertemu semula dan akhirnya bernikah. Setelah bernikah, Ainun pun ikut suaminya ke Jerman. Keadaan mereka agak susah juga yelah hidup di negara orang. Baru nak bekerjaya dan membina keluarga pada masa yang sama.
Dia dipanggil pulang ke Indonesia oleh Presiden ketika itu, Soeharto.
Liku-liku dia sebelum dilantik menjadi presiden ketiga Indonesia. Atas desakan politik dan fitnah rasuah dia menarik diri dari politik. (Ini yang digambarkan di dalam filem...actualnya kita taktau apa masalah disebalik pengunduran dia)
Movie ke 2 dan ke 3 berkisar tentang perhubungan Habibie & Ainun, kasih sayangnya. Bagaimana Habibie sangat terkesan dengan kehilangan Ainun. Habibie 3 tu ammi tengok tengah malam..memang nangis sorang-sorang masa tu.
Heroin dia Habibie & Ainun 3.
12 Comments
saya pernah tengok yang pertama je. trilogi rupanya. nanti nak tengok lagi 2
ReplyDeleteMacam menarik sinopsisnya...
ReplyDeleteSaya teringin sangat nak tengok filem "Ranjau Sepanjang Jalan"
ada nampak di viu...menarik ceritanya..
ReplyDeleteAda tgk, taktau pula ada 3 episode
ReplyDeleteBaru tengok sikit hari tu. Dah lupa dah nak sambung tengok. Baca ni baru teringat. Rasa nak tengok cerita ni pun selepas tengok Reza dalam My Lecturer My Husband. Best lakonan dia.
ReplyDeleteTerima kasih singgah ke blog saya.
ReplyDeleteSaya sejak dari muda suka tonton filem atau drama kemasyarakatan, thriller atau futuristik.
Cerita romantik atau orang kaya vs orang miskin ni kurang sikit
Tak berpeluang lagi nak tengok filem ini..
ReplyDeletepernah tenguk yg 1 rupanya ada 3 siri.
ReplyDeleteTak pernah tengok lagi....
ReplyDeletetak pernah tengok cerita nih, tapi sebab tahu cerita ni sedih takmo la layan
ReplyDeleteTak pernah tengok lagi cerita ni Ammi. Jarang layan cerita dari seberang. Dulu dulu je lah rajin layan. itupun AADC sebab popular filem tu kan. hehe
ReplyDeleteensem dan lawa pelakon dia ammi
ReplyDelete