Hemoglobin Rendah

Last 2 weeks ammi ada buat full blood test disebuah klinik.  Pada awalnya ammi buat full blood test sebab ammi selalu aja rasa pening.  Pening yang boleh buat ammi rasa agak tak seimbang waktu berdiri, waktu berjalan.


Hasil dari full blood test tu ada 3 perkara yang perlu diambil berat tentang kesihatan ammi iaitu 

     ➤ tahap hemoglobin yang rendah (dibawah paras normal);

     ➤ kolestrol yang slightly higher than normal range; dan 

     ➤ kelainan pada keputusan dibahagian ovari.


Kita bincangkan isu pertama ammi ni dululah ye...


Apa itu hemoglobin


Hemoglobin adalah sejenis protein yang kaya dengan zat besi dalam sel darah merah dan bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Mengekalkan kadar hemoglobin yang normal amat penting bagi memastikan badan berfungsi dengan baik.

Berapa Kadar Hemoglobin


Kadar normal hemoglobin bagi lelaki dewasa adalah di antara 14 - 18 g/dL
Kadar normal hemoglobin bagi wanita dewasa adalah di antara 12 - 16g/dL

Kadar hemoglobin ammi adalah 9.2 sahaja.  Ini adalah salah satu penyebab kenapa ammi sering rasa pening, mual, nak pitam.

**********************************
Dah dapat keputusan ni doctor mula tanya pada ammi sama ada ammi ada masalah jantung atau lain-lain.  Ammi maklumkanlah yang ammi pernah buat Electrophysiology studies dan Radio-frequency Ablation (RFA) Januari 2020 sebab ammi ada abnormal heartbeat.  Takde link ammi nak share tentang history ammi ni sebab blog lama ammi dah dikuburkan oleh blogger.  Kat situ ammi ada share perihal masalah jantung ammi yang rare ni.  Ammi disahkan ada ciri-ciri orang yang mengalami Wolf Parkinson White Syndrome disease.

Sepatutnyakan ammi kena buat follow up masa PKP 1.0 dulu tapi ammi tak pergi pun sebab kita semua tengah berPKP pastu ammi rasa jantung ammi dah normal.  Pastu berlagak lupa terus nak set semula date untuk follow up.

***********************************

So, sekarang ni ammi kena fokus untuk meningkatkan hemoglobin ammi.  Apa yang boleh membantu?

Cara Meningkat Hemoglobin Secara Semulajadi

1.  Makan makanan yang kaya dengan zat besi


Pengambilan besi bagi seseorang individu berbeza bergantung kepada berat badan, usia dan sebagainya.  Tetapi umumnya untuk perempuan berusia sekitar 18 hingga 50 tahun memerlukan 19mg/da zat besi sehari.

Antara makanan yang tinggi dan kaya dengan zat besi adalah:-

Jenis

Nama

Sayuran

Bayam, asparagus, brokoli, green peas, tomato, lada benggala, bunga kobis, ubi kentang, beans 

Buah-buahan

Ubi bit (beetroot), delima, tembikai, epal, apricot, orang, strawberi, betik, limau gedang (grape fruit), pisang, pic, pisang kaki (persimmons), mulberi, jambu, kiwi 

Haiwan

Ayam, hati ayam, tiram, daging merah, makanan laut, kepah 

Lain-lain

Kurma, badam, kismis, prun, biji labu, kekacang kering, gandum, taugeh, kacang tanah, kacang soya, kacang merah, chickpeas, kanji, bijirin, nasi perang, dark chocolates, yogurt, kacang dal, bijan 


 

(Credit to Google)


2.  Tambah pengambilan vitamin C


Kena pertingkatkan jumlah pengambilan vitamin C.  Ammi dah stop makan supplement Vitamin C lepas haritu kecoh kata kita cuma menghasilkan "kencing yang mewah" bila terlebih makan vitamin C.  Pengambilan vitamin C melalui makanan seharian dah memadai katanya.

So, sekarang ammi kena tingkatkan lagi pengambilan orange, lemon, betik, brokoli, grapefruit (omak masam eh), tomato dan lain-lain jenis yang kaya dengan Vitamin C.


3.    Tingkat pengambilan Asid Folik


Eh..macam orang mengandung pulakkan. Tapi asid folik, vitamin B-complex diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dan kekurangan folik asid ni antara penyebab juga berlakunya penurunan kadar hemoglobin.

Antara makanan yang kaya dengan asid folik yang boleh diambil seperti sayuran hijau, taugeh, kekacang kering, kacang tanah, pisang, brokoli, hati ayam.


4.    Elakkan makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi


Elakkan makan makanan yang boleh menghalang keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi, terutamanya jika anda mempunyai bilangan hemoglobin yang rendah iaitu kopi, teh, minuman cola dan lain-lain.  Pada yang ada mengambil alkohol perlu elakkan wain dan beer juga.

Berat sungguh yang ini...kopi oh kopi.

5.    Senaman


Senaman berintensiti sederhana hingga tinggi amat disyorkan, kerana apabila anda bersenam, badan akan menghasilkan lebih banyak hemoglobin untuk memenuhi permintaan oksigen yang semakin meningkat di seluruh badan. Pemakanan diet seimbang adalah cara terbaik untuk memastikan bekalan harian semua nutrien yang penting. 


Semoga paras hemoglobin ammi makin meningkat lepas ni..menyampahlah hai pening-pening tak tentu hala ni.

Post a Comment

32 Comments

  1. Semoga urusan Ammi di permudahkan. Dulu masa pregnant, Fiza amalkan minum air limau kasturi untuk naikkan hb.

    ReplyDelete
  2. Akhirnya terjawab persoalan mengapa selalu pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah tu..tengah cari jalan sendiri sebelum berjumpa doctor hujung minggu ni

      Delete
  3. Kena makan disiplin le lepas ni....

    Patuh doktor ye

    ReplyDelete
  4. kena jaga pemakanan lebih sikit lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg part haiwan tu ammi tak makan..kerang, hati, kepah, bagai auwwww

      Delete
  5. pernah juga kena pening2. tapi lepas rujuk doktor, doktor cakap hormon tak stabil. hu3.
    semoga dilesapkan segala kepeningan tu dari ammi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi jumpa doctor sbb takut ada masalah dalam telinga sbb pening & hilang balancing

      Delete
  6. take care kak ;). jaga kesihatan elok2
    btw, jemputlah baca entry terbaru kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..tengah BW slow2 ni...nanti ammi sampai tau

      Delete
  7. Jaga kesihatan dan pemakanan. Nur Aziz baru² ni sampai anemia masuk wad sebabkan hemoglobin bawah paras sepatutnya. Semoga sahabat diberikan kesihatan yg baik² امين🤲🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah..harap takdelah sampai ammi masuk ward

      Delete
  8. Masa saya di tingkatan 4 tahun 1976 suka subjek kajihayat sekarang dinamakan biologi.

    Ada belajar tentang darah dan fungsi hemoglobin.

    Dulu buku sains banyaknya dalam bahasa inggeris...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes those days teaching medium dalam English..sbb tu org2 lama ni mantap bahasa inggerisnya

      Delete
  9. InshaAllah dengan solusi atau permakanan seperti di atas beralih normal. Moga tiada pening lagi.

    ReplyDelete
  10. semoga baik2 saja semua buat ammi, neves pula saya baca point no 3 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nervous kan..yang nak hadap doctor hari Khamis ni lagi nervous

      Delete
  11. Umur dah macam kita-kita ni memang bagus buat rutin check kesihatan kan Mrs. Kay. Bilalah Mrs. A nak buat checkup juga ni

    Kena rajin exercise salah satu cara nak tingkat hemoglobin dah boleh mula jogging tu tak pun kayuh beskal.

    Syafakillah Mrs. Kay

    ReplyDelete
  12. Semuga Allah permudahkan segalanya. Kena jaga makan dan kesihatan ni. Apa pun chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  13. Kadang kita makan tapi tak merangkumi keperluan badan kita kan.Kopi pun ada tak bagusnya yer..Nampaknya nak kena kurangkan kopi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..tomato tu mmg makan tapi bukanlah makan sebijikkan. kita makan beberapa potongan.

      Kopi tu sedih pulak rasa nak tinggalkan

      Delete
  14. semoga semuanya dapat kembali normal ye ammi, inysallah kita buat perlahan-perlahan

    ReplyDelete
  15. Semoga dipermudahkan segalanya dan diberi kesembuhan pada Ammi.
    Jaga pemakanan ya..take care

    ReplyDelete
  16. semoga dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa.. insyaAllah

    ReplyDelete
  17. Semoga dipermudahkan urusan akak..

    ReplyDelete
  18. Lepas ni kena betul betul jaga pemakanan. Semoga kesihatan Ammi bertambah baik. Aaaminn...

    ReplyDelete