Jangan Mula!

Seriau pulak bila bergosip dengan boss tadi. Ada kenalan kitorang yang nak menambah isteri. Sangat tak sangka sebab dia tak nampak macam seseorang yang ada potensi untuk menambah pun. 

Boss ammi pun tanyalah pendapat ammi tentang poligami. Ammi katalah ammi tak setuju dan kalau tanya para isteri diluar sana pun mungkin 10% atau kurang kot yang akan ikhlas seikhlasnya izinkan suami kahwin lain.

Dan ammi rasa..kebanyakan lelaki yang nak menambah cawangan tu majoriti memilih perempuan yang muda belia, cantik. Sepatutnya nak kahwin lebih dari satu ni kene betulkan initial intention. Kahwin kerana nak membantu ibu-ibu tunggal yang kematian suami, anak kecil-kecil. Bukannya pilih perempuan muda semata. Ok.. Saya emo. Bye. 

betrayed, selingkuh

Post a Comment

17 Comments

  1. kalo takut dilambung ongbak jgn berumahtanga byk2 ditefian fantaii.. aminn 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org takut ombak..tapi gatal gak duduk tepi laut

      Delete
  2. Lebih baik tukar tajuk kan..

    ReplyDelete
  3. Takmau bincang tajuk ni...hihihihi

    ReplyDelete
  4. saya pernah ada pengalaman di goda suami orang atau ex boss saya tapi kalau kita tak layan tak jadi kan. Lagi pun kenal isteri dan anak dia. Takkan lah saya nak menyakiti hati orang yang kita kenali. Alhamdulillah dapat jauhkan diri darinya bila dah berpindah tempat kerja. Tapi seriau hari-hari kena goda...pengalaman sungguh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow kak notie..ada org minat.
      betullah tu apa yg akak buat..jauhkan diri

      Delete
  5. betul tu ammi, sekarang konsep kawin lagi tu sebab sama-sama gatal

    ReplyDelete
  6. Tak yah la aih..baik single lagi best...tahun depan 16 tahun dah single...

    ReplyDelete
  7. Setuju ngan ammi.. Bkn senang pompuan nak share laki dia..

    ReplyDelete
  8. selalu yang nampak diam-diam dan tak tersangka ni yang menambah. yang cakap pung pang macam dia pujaan wanita selalunya sembang je. huhu

    ReplyDelete
  9. Yang diam tu yang bahaya.. hehehe..
    Sha pun macam Ammi, memang tak setuju sebabnya mereka memilih yang muda dan bergetah.. Itu nafsu..

    ReplyDelete
  10. Jangan berani berani nak mula. Punah harapan kalau isteri tahu.

    ReplyDelete
  11. Mula dan layan itulah masalahnya.

    ReplyDelete