Hari ni Rabu 17.11.2021, kejap lagi ni sekitar jam 1 - 2 petang Kyra akan masuk semula ke asrama.

Alhamdulillah, pihak Jabatan Pendidikan dan sekolah dapat selesaikan masalah tangki asrama dia.

Masalahnya ialah notis yang diberikan sangat suntuk. Bagi tahu hari Isnin, hari Rabu nak naik asrama. In fact senior dah naik asrama semalam. Dah alang-alang selama ni berPDPR memang tak boleh tunggu hari Sabtu Ahad ke camna ntah pihak asrama ni. Follow jelah.

Ammi tak boleh nak hantar sebab ammi dah ada pre-arranged meeting dengan client pukul 2. Client datang dari Ipoh takkan nak kata cancel pulak. So, abah jelah yang hantar. Mujur juga asrama dia cuma 5 minit dari rumah.

Baju-baju memang dah siap pack. Semalam balik kerja walaupun berhujan ammi pergilah juga cari makanan ringan dengan dia. Nak 3 in 1 punya milo, nestum, oats, gula-gula mint dia, nak biskut sedaplah. Jadi semua beli kat DIY je sebab hujan malas nak keluar masuk kereta.

Masa kat DIY punyalah lama dia kat tempat bag-bag.

    Kyra:  Ammi do you mind if I want to buy this pencil case? 

    Ammi:  Why so big? Nak letak mende je?

    Kyra:  Nak letak spare stationery.  I'm not taking this to class.  Simpan kat locker je. 


Pencil case tu bukanlah pencil case tapi more to cosmetic bag yang bapak besar. Suka hatilah nak...janji ada spare stationery kalau tetiba pen takde dakwat, sharpener hilang, pemadam menyorok.

Malam tadi dah siapkan semua, dah letak barang-barang dia semua setempat.


Libang libu hati seorang ammi ni. Biasalah mak-mak kalau boleh kita yang nak naik dalam dorm dia susun barang segala bagai. Ni nanti bila dia nak keluar rumah pun ammi rasa macam nak buat video call je karang sambil spot check dari jauh barang apa yang dia tinggal.  Hahhahah menggelabah je ammi kan?

Belakang luggage besau tu masih ada nama Abah. Kyra kata "biar je nama Abah kat situ supaya Abah sentiasa menghantui hidup kakak kat asrama". Boleh gitu?

Pagi tadi sebab anak nak masuk asrama ammi pun kukuskanlah dumpling kesukaan dia.


Nak buat sendiri tak reti...beli yang readymade je.  Apsal kabur je gambar dari phone abah ni ntah.


Masa ammi ambil gambar ni banyak dah hilang masuk perut dia.  Makanlah...

Alahaiiii..sayu je hati ni ha.

asrama life

Tak dapat nak ambik gambar macam ni..
Ni gambar masa naik asrama 4.4.2021 haritu.

Pagi tadi sebelum ammi keluar kerja, dah cium-cium peluk bagai.  Tapi hmmmmm

Semoga anak solehah Ammi ni dan rakan-rakan yang lain sentiasa berada di dalam lindunganNya.