Agak panjang waktu bekerja harini. Patutnya dalam pukul 1 lebih usai boss Ammi balik dari gym dan zohor Ammi nak gerak ke Putrajaya. Dokumen Ammi kat Kem. Luar Negeri dah siap. Kaunter Bahagian Konsular tutup jam 3.30pm.
Tengah tutup PC door bell berbunyi. Dua orang uncle berketurunan Sikh terpacak didepan pintu office.
Ammi: Hi Mr. xxx. Come in. What brings both of you here?
Uncle 1: We have appointment at 2 today dear.
Ammi: Really? I thought we set it next Wednesday instead of today.
Uncle 2: Ohhhh really (sambil berpandangan sesama mereka dan keluarkan diary hitam dia). Yesss, I have wrongly date it in my diary. Its ok then. We'll come again next week.
Ammi: Hang on Sir. Let me call my boss. Just in case he can spare his time.
Nampak... Ammi tak kejam ok. Uncle berdua tu umur dalam 70an. Dah penat-penat datang office ammi, daftar bagai kat lobby takkanlah nak suruh balik gitu je.
Terus ammi WhatsApp boss yang agaknya tengah enak makan kat cafe di bawah office. Boss ammi pun nampak gayanya tak sampai hati nak suruh Uncle tu balik gitu je.
Sudahnya ammi yang tersadai kejap kat office. Mujur Ammi dah draft apa yang patut. Settlekan urusan Uncle berdua ni jap dan ammi gamit boss ammi dari luar.
Sampai kat luar pos pengawal Kementerian jam 3.10pm.. Ammi bukan boleh dalam keadaan gini.. Terus heart rate naik. Chill ammi chill. Daftar dan sampai dalam tu ambik nombor bagai ammi tunggu. Tak sedap hati ammi call je terus nama person in charge yang deal dengan ammi tu dan dia kata, jumpa dia di Kaunter 1. Fuhhh lega. Cepat urusan.
Mujurlah pagi tadi bersarapan agak berat..jadi takdelah gigil teruk menghadap situasi macam ni.
Makan set Zinger Riser tadi.
Niat asal nak makan Sunnyside egg kat Dunkin Donut tapi takda pulak kat area ofis ammi ni.
Sambil tunggu crew KFC tu siapkan pesan an ammi.. Siap capture size hidangan ammi ni. Capture je lebih... pahamnya tidak.
17 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteSelesai segala urusan
Alhamdulillah.. Selepas di Kementerian itu perlu ke Kementerian yg lain pulak lepas ni baru urusan settle sepenuhnya
Deletealhamdulillah, ammi dan bos buat tindakan yang baik
ReplyDeleteDia pegang pada "be good to others and God will be good to you too"
DeleteAlhamdulillah... Terbaik!
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteAlhamdulillah... kalau kita tak kejam dengan orang, urusan hidup kita Allah Taala akan permudahkan sentiasa 😇🌼
ReplyDeleteTulah.. Kita mudahkan ajalah urusan org semoga Allah pandang kebaikan kita
DeleteAlhamdulillah..Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita juga.
ReplyDeletetulah..benda boleh tolak ansur kan
Deletedia tak susahkan orang, InsyaAllah, pasti Dia mudahkan kerja kita kan
ReplyDeleteyelah..semoga Allah memberi hidayah kearah Islam untuk boss ammi
DeleteBetul..kita hanya merancang sediang Dia yang menentukan
ReplyDeletebetul tu
Deletemujurla ada PA dan boss yang senang nak tolak ansur kan kak... boss akak pun jenis yang simple bukan jenis yang eksen...
ReplyDeletemujur semua setel jugak ya walaupun agak kelam kabut, sedap menu serapan akak tu
sekali pandang nampak macam eksen gak..sbb dia besar dgn rambut botaknya.. tapi bila dah kenal baru tau
DeleteAlhamdulillah.. memudahkan dan dipermudahkan..
ReplyDelete