Pagi tadi Abah balik dari surau terus ajak balik Seremban. Nak repair kereta kat Seremban je katanya. Ilham apa abah dapat masa kat surau tadi pun taktaulah.
Anak-anak baru plan nak tarik selimut lepas mengaji tak sampai satu mukasurat sambil terkulat-kulat (acah-acah ngaji buat cukup syaratlah tu). Muncung je mulut si kecik tu.
Pukul 8 lebih dah siap packing semua. Tapi ammi ada appointment untuk ambil darah pukul 9. Saja je buat full blood test untuk nak check keadaan badan. Bertahun tak buat dah.
Settle ambil darah (siap memancut ke baju lagi).. geraklah kami ke Seremban. Bercampur baur je perasaan sebab tau balik nanti tak akan ada sapa sambut kita macam selalu. Adik ammi kerja jadi dah tentu rumah berkunci.
Buka je kunci rumah... Allah...elok tersusun je rumah, bilik, dapur, bilik air. Sama macam masa mama ada. Pandai adik ammi jaga rumah walaupun dia duduk sorang-sorang.
Kemas, berkilat je lantai dapur. Tak ada pinggan cawan merata.
Bilik arwah mama pun rapi je dia kemas
Kat atas meja kopi dekat hall siap ada bunga rampai ni ha. Walaupun hiris kasar je daun pandannya tapi effort tu Angah salute Yang!
Telekung arwah mama masih di dalam bilik.
Yang ni je yg fail. Dua bulan jugaklah kot kain kat dalam bakul ni.
Ammi ingat lagi last balik haritu ammi basuh dan jemur kain sebelum gerak ke KL. Memang tak kuasa lah dia nak bersila lipat kain sebakul ni kan. Takpe.
Ko jaga rumah bersih kemas macam ni pun Angah dah happy sangat Yang.
Sayu je rasa hati ni..cepatlah Along ammi sampai ke sini. Dia gi hantar barang anaknya di Jelebu pagi ni. Ada si Arjuna bobok tu (anak adik ammi) nanti takdelah sayu sangat.
Juna selalu tinggal dengan ibunya. Tapi hari Along cuti dan kalau adik ammi cuti baru Juna ada kat sini. Mujur juga walau dah bercerai tapi tinggal berdekatan dan masih ada ukhwah yang baik.
19 Comments
I feel you....
ReplyDeleteT_T
Tq
Deletehaha yg last tu no komen..
ReplyDeleteKalau ada jodoh semoga bersatu semula
DeleteAlhamdulillah rumah terjaga elok..Ayah ammi tinggal dengan Ammi yer
ReplyDeleteTak.. Ayah ammi dah lama meninggal kak.. Tahun 99 (yg ammi sebut arwah Aca selalu tu... Itulah ayah ammi). Ammi panggil ayah aca
DeleteAllahuakbar...hanya Allah yang tahu perasaan kita. Allah tahu kita kuat. Betul, lain feel tu bila kesayangan kita tiada.
ReplyDeleteSenang hati juga rumah dijaga elok adik Ammi. Siap bunga rampai pewangi rumah.
Allahuakbar...hanya Allah yang tahu perasaan kita. Allah tahu kita kuat. Betul, lain feel tu bila kesayangan kita tiada.
ReplyDeleteSenang hati juga rumah dijaga elok adik Ammi. Siap bunga rampai pewangi rumah.
hidup perlu banyak bersabar dan sentiasa tenang selalu
ReplyDeletesemoga abh Amni tabah
ReplyDeletesukar nk ucapkan kata2
dan faham perasaan bil kehilangan ni
SuhbhanAllah sayu lihat rumah bila arwah mak dah takda, sunyi.. .. Alhamdulillah rumah dijaga elok.
ReplyDeleteSayu tengok telekung tu
ReplyDeletehahhahaha kain baju kalau ida pon fail bab nak melipat hahaha
ReplyDeleteMerapikan rumah memang melelahkan tapi sangat menyenangkan jika terihat hasil rapi dan bersih
ReplyDeleteSaya balik kg baru ni cuma tinggal mak seorang yang lumpuh belah kiri badan. Adik perempuan yang menjaganya.
ReplyDeleteRespek dengan adik saya ini menjaha mak saya dengan baik.
Selalu saya doakan muga Allah kurniakan Syurga buatbdia kerana menjaga mak kami.
Allahu....i feel you, aku dulu masa lepas arwah meninggal, aku just balik jer tgk rumah kami tu..tido memang tido umah ibu. 2 tahun lebih yer...baju2 arwah semua dok dlm almari. aku x kasi sapa2 usik sbb aku nak wat sendiri semua tu, but bila balik for good, nak tak nak aku kena dok umah tu..so memang banyak air mata tumpah masa mengemas tu, ibu & family pun kais masa utk aku hayati semua tu and byk benda yg aku tukar....cat, furniture, kedudukan furniture...make over skt but still ...ada masa aku still harapkan dia akan balik keja mcm biasa.. Allahuakbar, aku redha sunggu but rindu tu x pernah hilang beb, ops...sorry terpanjang la komen (sambil kesat air mata).. be strong, istifar byk2 & sedekah alfatihah and doa byk2....its help!
ReplyDeletetibe2 teringat rumah saya kat kampung, lama dah tak melawat, tak tau ape kabar nye
ReplyDeletealhamdulillah elok kemas umah mama ammi, elok adik akak jaga... dia mesti lagi sedih dahla duduk sorang kan...
ReplyDeletebaca ni pun terasa sayu lah ammi...
tak dapat saya bayangkan macamana rasanya kalau suatu hari nanti ibu dan ayah saya pergi dahulu. Alahai sedihnya
ReplyDelete