Lain yang diliurkan, lain yang dimakan


Ammi kan memang selalu tak lunch di office. Biasanya ammi akan bersarapan dan secawan kafein kena ada juga untuk melengkapkan kepuasan bersarapan tu.

Lunch ammi skip sebab kat office ni tak ada tempat yang ammi yakin untuk makan. Nak order macam malaslah pulak. Lagi pun ammi bukan balik pukul 5 petang pun.. kadang-kadang pukul 1 lebih boss dah "halau" balik. Ada kala kalau boss takde ammi stay la office sampai 4.15 - 4.30.

Tadi ammi keluar office pukul 3 lebih. Takdelah lapar pun harini sebab pagi tadi ammi makan nasi goreng sempena ketiga-tiga sekolah bersemuka harini. Rajin sungguh rasanya masak pepagi.

Sampai kat stesen Merdeka ammi berjalan ke stesen Plaza Rakyat untuk naik tren yang menghala ke rumah ammi..tiba-tiba lalu pulak train yang kat luarnya ada iklan salad.

Melampau tiba-tiba terus telan air liur sebab nampak sedap nau telur tu


Ini iklan sos kewpie.  Rasa berselera pulak tengok sos tu yang memercik ke atas telur.  

Mainkan perasaan ammi sungguh iklan ni..tak baik tau.

Tapi turun dari train tak gi cari salad, ammi terus gi makan Laksa Sarawak sambil tunggu panggilan dari klinik untuk ambil result.  

dayang sarawak sungai besi, laksa sarawak

Post a Comment

24 Comments

  1. Laksa Sarawak lagi menggoda, harus pilih Laksa Sarawak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sebenarnya itu yg plg dekat dgn stesen lrt

      Delete
  2. Kira bolehlah ni ada sayur jugak macam salad. Laksa terus Ammi order :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa sarawak irresistible. Kalau nampak mmg nak

      Delete
  3. Hadoii....menjadi betul iklan kewpie tu ..hahaha..
    Tengok laksa Sarawak tapi terliur mee kolok...
    sama tak situasi kita?🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Selalu gak jadi gini. Dlm kepala dok fikir nak A, sampai dlm restoran masih nak A, tgk menu terus tukar B. Ehhhh

      Delete
  4. Betul
    Kadang2 kita nak lain
    dapatnya yang lain

    ReplyDelete
  5. iklan. gambarr mengodaaa betul
    memang buat terliur kan he hzz

    ReplyDelete
  6. hehe. agaknya tengok gambar salad tu terus rasa lapar. bestnya pukul 3 dah balik. saya kalau tak lunch kena tunggu sampai pukul 6 mau menyanyi perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal2 dulu gini gak Sal. Tp Lama2 perut tu dah pandai. Lagipun ammi biasanya sebelum maghrib dah dinner

      Delete
  7. Seriously saya belum pernah lagi merasa laksa S'wak haha.. esok nk cuba. Kat kawasan saya ada restoren menu² S'wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah. Ada yg suka ada yg tak. Ammi kalau diberi pilihan laksa penang & laksa sarawak mmg ammi pilih laksa sarawak

      Delete
  8. Haha ada banyak sayur juga, kalau laksa johor pun sama.. Untung Ammi boss sporting..

    ReplyDelete
  9. Adoilaa.. jauh benar salad jadi ke laksa sarawak pulak.. hehehe.. nnt mkn laksa sarawak di sarawak pulak ye ammi.. sy temankan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Ada rezeki ke Sarawak nanti kita roger2 ye. Last ke Sarawak 2018 kalau tak silap. Kawan office ammi kahwin

      Delete
  10. Iklan yang mengliurkan... Tapi tulah lain pula yang dimakan....
    Laksa Sarawak belum penah makan lagi....

    ReplyDelete
  11. ha ha ha..salad tu nampak menariks, tapi laksa lagi mengancam la kan...

    ReplyDelete
  12. jahahahhaha angan-angan ajelah nengok salad macam terliur tu ammi ye

    ReplyDelete