Malam Jumaat

Semalam seharian takda mood nak berblog. Mood nak berjoli je yang ada hahaha.

Ini kisah malam Jumaat kami berdua. Ehhhh otak korang menerawang ke mana tu?  Kisah di malam hari Jumaat seorang Ammi dan anak bujangnya.

Ozil ada game bola petang Jumaat dekat area Wardieburn. Abah ajak ammi sekali sebab Abah kata lepas habis game boleh makan terus kat luar (kes bini malas masak ginilah) tapi macam hmmmm.. Malas nak keluar kang leceh lah nak solat Asar & Maghrib kat memana ntah. Maka duduk jelah ammi di rumah sambil menonton cerita hindustan Haseen Dilruba.

Petang Khilfi ke bawah main bola dgn kawannya.  Balik je terus macam... 

Khilfi:  Kita tak makan ke Mi malam ni?

Ammi: Tak (dalam otak dah plan nak order je)

Khilfi: Ohhh (kecewa sungguh bunyi)

Ammi: Dah gi mandi solat, mengaji nanti takdelah rasa lapar tu. (hahahaha kejam tak bunyik?)

Terus ke dapur si Khilfi buka peti ais cari apa yang boleh dia makan. Sambil buat muka muncung.

Lepas dia mandi, ammi on apps grab nak tanya dia nak apa.. Ehhh merajuk taknak apa2 katanya. Hahahha. Kelakar.


Dan inilah yang dia order. Penang Asam Laksa dari Secret Recipe. Dari haritu dia nak laksa. 


Sampai je ammi macam eh apsal takde kuah? Ke kuahnya sikit nau. 

Rupa-rupanya



Kuah dibawah. Ohhhh boleh diangkat bahagian atasnya. Ampunkan ammi yang tak reti ni. Ammikan jarang order makanan online ni. 

Dah alang-alang order dari SR kita selitkan cake seketul.. 


White choc macadamia 

Ini memang paling faveret kalau kat SR. 

Ammi makan apa? 


Untuk sarapan abah beli kueh teow goreng untuk ammi. Tapi disebabkan setiap bungkusan tu memang selambak sungguh..1 pek boleh dibuat makan 3 orang. Maka masa lunch pun budak2 ni makan yang sama dan masih ada lagi balance. Jangan membazir.. Ammi tengok masih ok, perangatkan dan makan. 



Leburkan lah juga chicken balls ni dalam air fryer sementara nak tunggu Abang Grab sampai dan ammi Maghrib. 



Bahagia dia dapat makan. Kalau tak tu gelisah 10x bukak peti ais. 

Boleh tahan pedas laksa SR ni. 

Begitulah kisah di malam hari Jumaat kami berdua. Abah gi singgah rumah kak Ngahnya di dalam Kem Wardieburn untuk solat..dan kakak-kakak mana boleh tengok adiknya balik gitu je tak makan... maka menjamu seleralah Abah disitu dengan Ozil. 

Post a Comment

21 Comments

  1. Mesti senyum lebar Khilfi dapat makan laksa.
    Makanan berkuah / sup SR memang boleh tahan juga sedapnya. Saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..tak sabar2 tunggu abg grab depan pintu

      Delete
  2. macadamia. feberzt ank bujang akak ni
    kecur tgk asam laksa. dia yummmy

    ReplyDelete
  3. akak lagi lah. mmg tak pandai order2 ni. yang pandai anak2 lah. tau makan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sy tak reti sbb kalau order pun dorang bukan ada e-wallet bagai

      Delete
  4. Kesian sampai merajuk kawan tu hehe.. tapi seorang ibu always give the best kan, ada yg tersirat yg membuat sianak bertambah manje & syg

    ReplyDelete
  5. ha ha..merajuk hero kejab je. Dulu selalu gak makan kat SR. not bad food dia

    ReplyDelete
  6. Sedap tak laksa SR? Nak cuba jugak tapi pedas ek kuah dia. Nur tengah diet pedas ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi rasa mcm ada sesuatu yg kurang..tp mmg pedaslah kuah dia

      Delete
  7. peminat mee rupanya hero tu ye ammi... nampak menyelerakan lak laksa tu acik tengok Khilfi oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..mmg dalam rumah ni semua suka spesis mee

      Delete
  8. bebudak pun dah pandai sekarang ni meng order uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. aterrr..mak (ammi especially) malas nak masak kadang-kadang tu

      Delete
  9. anak- anak sekarang..kalau xde benda anak makan memang panjang muncungnya...Sebab tu kat rumah SA memang kena ada stok makanan especially maggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama..sentiasa ada maggi..tp haritu takde telur juga kat rumah. magi tanpa telur mcm tak masuk je

      Delete
  10. Risau dia Ammi kata tak makan.. hehehe.. comel je..

    ReplyDelete
  11. hehehe..merajuk tapi nak jugak tu order laksa. memang kejam bunyinya tu. Ala gurau anak beranak :)

    ReplyDelete
  12. wah asam laksa....yummy...lapor plak tenguk eh

    ReplyDelete