Apa korang ingat nyamuk takde perasaan ke?


Main sedap dia je gigit sesapa? Noooooo..mereka memilih mangsa mereka. And one of them is YOU. Ngeri nau bunyiknya.

nyamuk, gigitan nyamuk, penyakit denggi

Photo credit to DailySabah

Kadang-kadang kita pelik, mengapa sesetengah individu lebih kerap digigit nyampuk berbanding individu lain. Adakan?? Contoh kita tinggal di homestay atau tempat baru.. si A ni punyalah kena gigit sana sini. Tidur malam bertepuk tampar dia dengan nyamuk. Tapi si B di sebelah relax je macam takde perasaan.

Rupanya ia berpunca dari faktor jumlah gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh seseorang individu.

Wanita hamil dan individu bertubuh besar, obese akan menghasilkan lebih banyak gas karbon dioksida, dan disebabkan itu mereka mempunyai risiko sehinga 2 kali ganda untuk menjadi mangsa gigitan nyamuk.

Bukan sebab nyamuk suka dorang sebab dorang banyak darah. 😀

Ada lagi faktor lain yang membuatkan nyamuk tergoda dan terpikat dengan korang...

Nyamuk, gigit nyamuk

Ammi kena gigit sebab ammi berdarah O dan suka berpakaian gelap.  Jangan berani cakap nyamuk suka kat ammi sebab ammi gemuk ye...taknak kawan nanti.

Sumber Asal:  Public Health Malaysia