Hindustan | PINK

Petang tadi I had the chance to watch what I want.  Scroll Netflix and nampak Thalaivii.. tp hold dulu la. Ammi pilih tengok PINK.

pink

Mengisahkan tentang tiga gadis Delhi - Minal (lakonan Taapsee), Falak (lakonan Kirti) dan Andrea (Andrea) yang tinggal serumah. They went to a Rock Concert bersama kawan-kawan lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas mereka yang akhirnya Minal difitnah melakukan kesalahan dibawah Section 307 iaitu cubaan membunuh dan few other sections dan dituduh serta dilabelkan sebagai "whore".  Berat label tu untuk wanitakan. 

Ketiga2 wanita ini menerima ugutan dari kumpulan lelaki yang cuba mencabul mereka. Tak tahan dengan ugutan dan fitnah yang mereka terima, Minal telah membuat laporan polis.  Rajvir Singh, "kepala" kumpulan itu, setelah mengetahui laporan polis dibuat ke atas mereka, telah menggunakan kuasa dan wangnya untuk turut membuat laporan yang di'backdate'kan.  Orang ada power & money hmmmm. 

Kasihan akan nasib wanita-wanita ini Deepak Sehgal (lakonan Amitabh Bachan) seorang peguam terkenal dizamannya (telah bersara dan mempunyai masalah bipolar disorder dan sedang dalam medication) membantu tiga wanita ini. Suspen jugaklah masa trial kes ni sebab kadang-kadang nampak Deepak agak swing moodnya. 

Kredibiliti Amitabh Bachan tak payah nak disangkallah. He played his role dengan emosi, semangat dan dia set benchmark dalam "court" tu.  Ammi nangislah. Nangis sebab Deepak ni dah tua, nak pay attention pada wife dia yang terlantar di hospital, dengan keadaan kesihatan dia sendiri and that really touched me. 

Minal & Falak pun best lakonannya. Ammi terasa sakit tangan ni bila tengok Falak sungguh-sungguh dan berkali-kali hentak tangan dia kat witness stand sebab solicitors Plaintiffs tu asak dan provoke dia dengan soalan yang... ishhhh geram je dengar. 

Super senior solicitors.. tu orang kata pengalaman mematangkan seseorang. Tak payah nak jerit2 dalam Court masa tanya soalan, cross examine tenang-tenang je dan ko boleh screwed pihak lawan. 

Ammi berpendapat PINK ni masterpiece yang mencapai expectations. Performance yang sangat baik dari Amitabh Bachan. Nak sangkal apa lagi kan? Janganlah kata ammi bias.. 

Pelakon-pelakon wanita dalam cerita ni takyah sibuk nak mekap cantik-cantik, gelek-gelek. They look so natural. Lakonan macam situasi harian kita je. 


Why PINK


Menurut Amitabh Bachan didalam Twitternya "The title of the film has no relationship as being the favourite colour of girls but rather conveys that women should have the freedom to speak and walk freely at night".


Ayat-ayat power dalam PINK


Ammi suka ayat-ayat Deepak dalam court, yang ammi rasa WOW sangat..

amitabh bachan, deepak sehgal

(source from: Blog

amitabh bachan, deepak sehgal

(Source from Google


These boys must realize that “No” means No… Any girl; be it known, friend, girlfriend, or any sex worker or even your own wife… ‘No’ means no and when someone says No, you stop!

Boleh bayang tak suara garau atuk Bachan bercakap script kat atas ni?

Dan ada 5 Rules yang Deepak Sehgal ni sebut masa trial case ni. 

Silalah kalau ada masa tonton filem ni. Agak slow pace di awalnya tapi bila dah masuk bab polis dan court ok je laju. 

Note: dah 2 filem ammi tengok gandingan Amitabh Bachan dan Minal (apa nama asal pelakon ni.. malas pulak nak scroll atas bila guna phone). Satu lagi BADLA. Cerita ni pun best jugak plot twist dia. 

Post a Comment

22 Comments

  1. Legwnd ni! Dulu masa muda dia selalu belakon inspector syahab

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tall, dark & handsomelah dizaman dia

      Delete
  2. hero legend memanggg terbaikk ni
    menarik utk ditonton ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik..boleh jadi pengajaran utk anak-anak kita tak kira boys mahupun girls

      Delete
  3. Jalan cerita untuk menyedarkan dua-dua pihak.. hero famous tetap menjadi tarikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. hero lama (famous tak semestinya mantap lakonan)

      Delete
  4. best kan! saya pun dah tengok dua2 hahaha! Yang Badla tu dia punya plot twist memang power. Ammi dah tengok Te3n? Gandingan Amitabh Bachan dengan Nawazzudin Siddiqui pun power!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tgk lagi..nanti ammi cari masukkan dlm list. tq

      Delete
  5. done add to my list, walaupun x tau la bila nak layan sbb my list aku dah panjang giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..mesti panjang dgn cerita koreakan?

      Delete
  6. ramai rekemen filem ni. suka gak filem kalau ada scene mahkamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun..mentang-mentang keje ngan loyer kan

      Delete
  7. menarik nih ammi, kalau amitabh belakon movie apa pun selalu jarang tak best... movie dia jadi antu pun layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aura dia tu kan..ala-ala eman mananlah kalau kat malaysia ni

      Delete
  8. Hero pujaan ramai zaman sekolah rendah dan sekolah menengah.Masa sekolah menengah kalau hari Sabtu pakat tunggu depan TV dari pukul 2 petang sampai 5 petang,Ada yang sanggup skip minum petang sebab loceng minum petang pukul 4.30 tu memang filmnya pun hampir hujung sayang nak tinggal...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun..itu jelah pun masa nak tgk cerita hindustan ngan tamil

      Delete
  9. Belum tengokkkkk....ok nak tengok nanti...

    ReplyDelete
  10. tak pernah tengok filem hindustan sejak akhir2 ini..menari sakan biasanya kan them

    ReplyDelete
  11. Aduh.. kena cari jugalah filem ini.. tq share review yang ohsem ini Ammi..

    ReplyDelete
  12. jarang bollywood cerita penyiasatan macam ni kan. Menarik jugak tengok ni. Tertanya jugak kenapa tajuk PINK. Rupanya begitu.

    ReplyDelete