Anak-anak sekolah menengah di kebanyakan negeri dah mula bersekolah harini.
Kyra pun sepatutnya kembali ke sarangnya semalam. Tapi apakan daya, pihak asrama maklumkan ada masalah tangki di blok asrama. Jadi anak2 asrama kenalah berPDPR dari rumah.
Kyra bersekolah di sekolah biasa yang ada aliran agama. Putri2 aliran agama wajib tinggal di asrama walaupun rumah sebelah menyebelah dengan sekolah. Putera2 je masih berulang alik. Sekolah tengah memohon dan merayu untuk buat asrama untuk Putera2 ni supaya bila duduk didalam sahsiah mereka lebih terjaga. Semoga permohonan diluluskan. Payah juga sebenar anak2 lelaki ni nak kawal diri sendiri bila diluar sekolah. Mana nak buat hafazan Al-Quran, hafazan hadith lagi. Semoga mereka kental dengan godaan-godaan rakan sebaya yang lain.
Makanan sampingan, bajan semua belum ready lagi.
11 Comments
Seronok bila anak² masih ada yg bersekolah.. satu hari akan jadi kenangan yg tak mungkin dilupa
ReplyDeletePernah baca statistic ada beberapa peratus pelajar sekolah menengah dah mula seronok bekerja semasa PKP & ada yang dah kahwin...
ReplyDeleteAlhamdulillah semuga anak-anak Ammi menjadi anak yang soleh dan solehah. amiin
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan putra dan putri
ReplyDeletepasni takde dah la geng gaduh ammi kalau kyra ke asrama
ReplyDeleteDania group A so turn dia minggu depan..minggu ni SA nak bawak dia staycation dating berdua
ReplyDeleteMoga semuanya dipermudah, urusan masalah tangki dapat diatasi dan anakanda Kyra dapat kembali ke asrama.
ReplyDeletesenang la kalau sekolah dekat dengan rumah, walaupon anak2 dok asrama..
ReplyDeletebetul lah tu. susah nak menghafaz kalau duduk luar
ReplyDeleteBelum boleh lagi ye.. Semoga urusan dna masalah sekolah tu dipermudahkan.. Harapnya cepatlah baik tangki tu..
ReplyDeleteSemoga segala urusan sekolah dan urusan keluarga Ammi, Allah permudahkan. Aaaminn...
ReplyDelete