Stress & Ruam Gatal

Ruam gatal atau Urticaria boleh berlaku ketika anda sedang stress.  Apabila ia mula timbul, mulalah anda menggaru “krukkk.. krukkk” dan rasa lega hanya terasa untuk seketika.

Urticaria, stress, ruam gatal

Selepas beberapa minit, semakin banyak ruam akan timbul menyebabkan anda semakin rimas.  Keadaan bertambah buruk jika anda panas atau berpeluh. Kesan garuan menyebabkan kulit terasa pedih dan sakit.

Selain dari stress, ruam urticaria juga boleh berpunca dari persekitaran sejuk/ panas, alahan persekitaran atau alahan kepada makanan.

Cara mengubati


Jika sedang alami masalah ini, ubat alahan jenis antihistamine seperti Piriton, Loratidine mungkin membantu. Disamping krim penyejuk seperti Calamine Lotion.


Mitos

Selalu orang kata bila kena kegatalan jenis macam ni macam gegata, disembur pontianak, kena air liur pontianak, kencing pontianak.  Kesian cik ponti tak bersalah tau.

Tapi Wallahuahlam...perkara ghaib ni memang wujudkan.

Meh istighfar tenang-tenangkan hati dari stress.


Sumber:  Public Health Malaysia

Post a Comment

3 Comments

  1. aku pernah kena sekali....lama dah. ada gak aku wat entry, giler gatai wei. Ibu pun cakap kena sembur pontianak...makan ubat allergic... sapu losyen..lama gak la baru ok

    ReplyDelete
  2. Owh.. Stress boleh menyebakan gatal-gatal eh.. baru tahu..

    ReplyDelete
  3. Tak pasal cik ponti terkait sekali. Kalau kena gegata tu bila panas dan menggaru lagi bertambah teruk jadinya. Azab betul kalau kena.

    ReplyDelete