Alhamdulillah. Hampir siap dah projek MRT di kawasan rumah Ammi ni.

Ini memang stesen selalu ammi turun kalau balik kerja. Naik MRT dari Phileo Damansara pastu tukar naik LRT dekat Plaza Rakyat dan turunlah ke Sg. Besi. At least adalah senaman kaki sikit masa nak jalan dari stesen Merdeka ke stesen Plaza Rakyat tu. Stesen ni bersambung, berhawa dingin lagi. Kalau nak complain jugak memang patut dilempang je amm ni.

Pagi tadi nampak dalam group Komuniti kawasan ammi gambar ni.  Eh cantik pulak nampak dalam gambar.  Kita pinjamlah gambar ni buat kenangan sementara masih baru, jalan tar masih hitam pekat belum ada yang lalu, belum ada vandalism lagi kan.

peta jajaran MRT
Ammi pun tak pasti kalau dah beroperasi nanti macam mana alirannya.  Ammi perlu transit jugak ke, atau satu MRT je terus dari office ke rumah (kalau gini makin tembamlah ammi).

Ramai je penduduk yang komplen pung pang sebab pembinaan ni mengakibatkan kesesakan yang teruk pada waktu puncak.  Tapi nak buat macam mana kan.  Sebenar kalau anjak ke depan sikit pun ada lagi satu construction untuk Highway SUKE.  Memang padulah traffic kat situ ada masa-masanya.  

Lupa ammi tagline dalam Komuter apa..something yang macam "kesusahan hari ini untuk kesenangan masa hadapan".. ha gitulah.  Malas pulak nak google cari.







(Gambar kredit kepada Jabatan Penerangan Malaysia)