Apa?

Macam pernah dengar tajuk ni?

Terkaitnya Kita


Memanglah.. Inikan tajuk buku Syaz.

Ammi dapat hadiah dari Syaz sempena buat perenggan kreatif hujung bulan 2 haritu. Pastu masa tu ammi tengah baca ada 1 buku ni. Dengan bulan puasa, raya, PDPR, WFH, Dan macam-macam lagilah alasan si Ammi ni, semalam baru ammi berjaya baca dan habiskan buku ni in only 1 day. Total pages cuma 131 je jadi eksyenlah ammi habiskan kurang dari sehari.

Kisah-kisah pendek yang ada diantaranya Ammi dah baca diblog Syaz sebelum dibukukan. Tu yang masa baca rasa macam.. Eh mcm dejavu ok. Apsal rasa macam penah baca je. Especially bab yang ada Khalis dan Fitra tu (yang ni kelakar ok. Moralnya jangan gelojoh). 

Padan muka Mayah. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

Ammi suka macam mana Syaz kaitkan setiap satu cerpen dia ni yang mana di hujungnya semua memang terkait diantara satu sama lain.

Rasa macam membaca hasil karya Ramlee Awang Murshid pulak sebab beliau memang suka buat plot gini. Pusing sana tetiba ehhhh berkait disini pula. Yang bezanya karya RAM tu thriller la.

Yang best 
✅ Buku nipis, senang dibaca. 
✅ Font jelas. 
✅ Penggunaan nama watak yang sempoi. 

Yang kurang best
Ammi komen ikhlas sikit ye Syaz.  Ammi rasa ini masalah di bahagian cetakan. 

❌ "Compilation" agak kurang teliti. 
❌ Petikan tidak center di mukasurat. 
❌ Buku itu sendiri bukan segi empat tepat. Nampak macam bentuk rombus gitu. (taktaulah kalau ini idea Syaz nak bentuk camni) 

Selainnya ammi suka jalan ceritanya. Kreatif si penulis ni mengaitkan cerita.

Teruskan menulis dan drill new ideas.