Tiada lagi denda

 Isu ini timbul semula.  Rasa macam dah lama ada isu ni.


Ntahlah.

Kalau tanya Ammi, Ammi ni sebenarnya takda halangan untuk anak-anak Ammi didenda disekolah.  Pada Ammi, korang salah korang kena.  Tapi denda kena yang berpada-padalah.

Janganlah sampai belasah, dikungfunya anak kita.  Kalau setakat rotan sikit kat tapak tangan, tarik hujung sideburn, tarik telinga, denda berdiri, denda sapu sampah... Ammi ok je.  Serius...ammi sangat ok.

Berdiri dalam kelas


Setakat kalau anak-anak tak buat homework dan didenda berdiri dalam kelas.. apa ada hal? Takkan itu pun nak kata penderaan emosi anak-anak.

Bukankah itu memang tanggungjawab anak-anak sekolah untuk menyiapkan tugasan yang cikgu bagi? 
Jangan lupa ye parents, homework tu nak tengok sejauh mana pemahaman anak-anak kita di dalam kelas.


(Credit to Google)

Gunting Rambut


Kalau rambut anak-anak panjang (abaikan musim pandemik ni), dahlah panjang berwarna pulak tu...dan cikgu gunting tu mengganggu emosi jugak ke? 

Ohhhh mungkin sebab memalukan anak-anak tu kan..tapi apa peranan ibu bapa ye?  Bukan ke dorang tau apa undang-undang disekolah, apa etika berpakaian, etika dandanan rambut ke sekolah.  Atau anak-anak ni dirumah pun sejenis yang tak boleh ditegur?


(Credit to Google)


Denda tulis


Ammi taktau denda ni boleh diteruskan ke atau tidak.  Janganlah kata jari tangan anaknya sakit pulak sebab kena tulis banyak.

In fact ammi sendiri pernah denda Kyra & Khilfi dekat rumah suruh tulis "Saya perlu tulis dengan cantik" 50 baris sebab tulisan dorang tak cantik.  

And now..Alhamdulillah dorang tak ambil sambil lewa lagi bab menulis.  Kalau tak tu, 5 nampak macam S, 2 nampak macam Z, 7 dah rupa tanda soal.  Ehhhhh ngada-ngada sangat ye.


(Credit to Google)


**********************************************************************

Minggu lepas Khilfi ada kelas bersemuka di sekolah.  Khilfi darjah 5 ye kawan-kawan.

Dia balik dia bercerita.

Khilfi:  Ammi, Ammi tau tak.  Tadi cikgu AAA lempar buku XXX.
Ammi:  Kenapa? 
Khilfi:  XXX biadap dengan cikgu.
Ammi:  Biadap macam mana? XXX ni bukan budak pandai ke, pengawaskan?
Khilfi:  Aah pengawas.  Mula-mula dia cakap "ek eleh cikgu ni" masa cikgu suruh buat kerja dan terus hantar.
Ammi:  Pastu
Khilfi:  Bila dah siap dia hantar buku tu kat cikgu tapi tak letak buku elok2.  Dia campak atas meja cikgu. 

Kalau kalian di tempat cikgu tu buat tindakan apa ye?

Geram pulak ammi dengan budak XXX ni.  

Ammi sebenarnya tak sangka budak XXX ni boleh buat gitu.  Sebab ammi kenal mak dia, kakak & abang dia bagus-bagus belaka.  Sejenis budak sopan top 5 dalam sekolah.  Dan XXX ni pun baik asalnya.  

Kalau hak cikgu ditarik, apa nak jadi dengan generasi kemudian ni?

Setakat hari ini ammi masih berpegang kepada konsep "biar anak kita menangis hari ini dari kita menangis kemudian hari".  Anak adalah amanah Allah pada kita untuk kita corak sebaiknya.  Corak supaya anak itu akan berbakti pada kita bila kita tua (ladang pahala buat anak-anak), berbakti pada orang sekeliling, dan bukannya jadi Tuan Besar pada ibu bapa.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan Ammi.  Its ok, we have our own views.

Post a Comment

15 Comments

  1. Dulu dulu kena denda apa pun tak ada hal lah selagi tak memudaratkan. stakat rotan dan denda sebab salah sendiri tu dah memang patutlah kan. Untuk kes XXX tu rasanya XXX tu agak kurang ajar dengan cikgu. Sebagai cikgu rasanya kena sabar sikit kot. Tugas cikgu makin mencabar nak mendidik generasi sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Kadang jadi takut ...apa la akan jadi pada generasi akan datang...huhuhh

    ReplyDelete
  3. sekarang ni kpm dah bagitahu diorang tak pernah keluarkan kenyataan ni. haraplah ada penyelesaian yang baik utk pendidikan kita

    ReplyDelete
  4. done follow. jemput follow blog kitee

    ReplyDelete
  5. No 3 tu, cikgu tak boleh berleter
    Ada pro/kontranya

    ReplyDelete
  6. Guru tegas, ada denda dan ganjaran, salah satu cara mengajar.. Ada cara motivasi tapi mungkin lambat..

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan denda² tu semua dah rasa.. eh bukan sebab saya nakal tapi cikgu selalu tersilap org ye haha

    ReplyDelete
  8. Cabaran buat cikgu sekarang bagaimana nak memberi didikan dan tunjuk ajar yang berkesan kepada murid-murid. Dolu2 denda tu semua lagi teruk tapi alhamdulillah jadi orang. kalau dah salah dapat dendalah. Cuba ikut nasihat cikgu Insya Allah berkat ilmu di terima. Tapi kadang emm tak tahu nak cakap generasi sekarang dengan mak bapa pun biadap. Camne tu...hish dijauhkan lah

    ReplyDelete
  9. aku memang x sokong langsung isu ni. jgn hantar anak gi sekolah la kalu x boleh ditegur bagai. ajar sendiri....makin lemak la budak2 sekarang ni. kita dulu ... semua kena .. alhamdulilah..jadi org pun sekarang ni. lancar sifir (tq to cikgu lim kan)...risau sebenarnya dgn anak2 kita ni....moga yg baik2 saja

    ReplyDelete
  10. Teringat masa darjah 6 terlupa nak buat homework. ramai gak tak buat dan semua kene cubit perut..
    Klau zaman sekarang ntah ler, mau report sampai ke balai la kot..
    Kesian cikgu sekarang ni, kene banyak bersabar..
    Budak XXX ni tak patut buat mcm tu pd cikgu..rsnya dia sendiri tau tu salah klau dia ni seorang anak yg baik.
    Kadang2 budak skrg boleh terpengaruh dengan movie2 yang ditayang kat TV/movie.

    ReplyDelete
  11. entahla kak dana pun setuju, denda boleh janji jangan sampai cedera anak kita jangan memalu kan, takat berdiri atas kerusi ke kene pukul pembaris kat tangan sikit takde hal... jangan cedera sudahla

    ReplyDelete
  12. Cikgu pun manusia. Kalau marah mesti bersebab. Entahlah, takde anak so tak berani nak cakap

    ReplyDelete
  13. Menteri Pendidikan ada mengulas tentang ni..semoga pelajar disekolah tak takut datang sekolah, guru sekarang dah faham..sikologi manusia ..mendidik ada cara..inshaAllah

    ReplyDelete
  14. alahai kesian generasi akan dtg.hukuman2 ni la yg sampai skrg kitaorg kenang2.. itu yg merubah jadi org. kalau xboleh hukum nak buat apa kat anak2 tu

    ReplyDelete
  15. Ibu bapa zaman sekarang berbeza dengan ibu bapa zaman kita dulu kan ammi...kadang benda kecik nak besar- besar...for me kalau anak x leh di tegur x leh didenda atas kesalahan anak tu sendiri...ajar sendiri la anak tu....

    ReplyDelete