Dalam posting ammi semalam, ammi ada mention tentang béga. Kalau orang Negeri Sembilan confirmlah tau.. tapi bagi yang jarang dengar pertuturan dalam dialek Negeri Sembilan ni mesti susah nak faham apa itu béga.
Béga disebut dengan menggunakan e-taling. E-taling ni apa pulak?
Cara sebutan e ni boleh terbahagi kepada 2. Satu menggunakan e-taling dan satu lagi e-pepet (jangan salah sebut ye kawan-kawan). Teringat masa kat U dulu.. lecturer tulis perkataan e-pepet kat white board laju je kitorang baca sebagai "pépét" dan lecturer tu cakap "saya disini bukan nak mengajar kamu semua mencarut ye saudara saudari".
Apa itu e-taling
e-taling ialah e yang digunakan untuk mengeja perkataan seperti EKOR, ENAK, TENGOK, SEPET, CEREK, SERET, ESOK, LEMPAR
Apa itu e-pepet
e-pepet pula ialah e yang digunakan untuk mengeja perkataan seperti BERAS, BERUK, CERUK, KERTAS, KEMAS, EMAK, EMAS, LEMBU, LEMBIK
Jadi berbalik semula kita pada perkataan béga ni..
Apa itu béga?
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4
Kata |
Takrif |
bega I |
(béga);
berbega, membega berkeliling (berjalan, terbang, dll); begar. |
bega II |
(béga);
membega membidik, mengacu, mengarah. |
bega III |
(béga) NS; membegakan memperlihatkan sbg keterangan: perkataan ini
terbit drpd ibarat tangkai padi, yg langgak atau kelihatan, maka yg itulah
saja dituai yakni dibegakan;membega, membega-bega menggerakgerakkan
atau membetul-betulkan bahagianbahagian sesuatu mesin dll supaya berjalan dgn
baik. |
Menurut dialek Negeri Sembilan
Entri |
Makna |
Ayat Dialek |
Maksud Ayat |
bega |
degil,
tidak mendengar nasihat, baning. |
Bega boto budak ni, tak donga cakap orang. |
Degil betul
budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang. |
10 Comments
ha ha ha...bagus tul entry ni. leh org belajar bahasa org nogori
ReplyDeleteBila bekerja dan menetap di N9 baru faham sikit-sikit dialek dan perkataan baru begini Ammi.. Akan datang bila dengar bukan lagi sesuatu yang baru.. :)
ReplyDeletethanks for sharing..baru tau e-pepet & e-taling...dulu panggil e tanda...
ReplyDeleteyang dana tau ini jenama keju yang biasa dana guna heehhee...
ReplyDeleteOh baru tahu loghat NS degil. Yang selalu saya tahu bega tu macam membetulkan sesuatu. Boleh bukak kelas nogori sembilan ni.
ReplyDeleteSama.maybe tu istilah Johor kot. Sebab saya and famili pun guna perkataan bega bila nak suruh adjust something
Deletelagi senang sebut bongek. .. haaa haaa
ReplyDeleteDulu tak tahu. Dah kahwin dengan orang nismilan baru tahu. hihi..Tahu kamus nismilan je. Yang maksud lain tak tahu.
ReplyDeletekami panggil ketegaq
ReplyDeleteLa.. dialek rupanya.. Sha ingatkan nak cerita pasal cheese..
ReplyDelete