Béga

Dalam posting ammi semalam, ammi ada mention tentang béga.  Kalau orang Negeri Sembilan confirmlah tau.. tapi bagi yang jarang dengar pertuturan dalam dialek Negeri Sembilan ni mesti susah nak faham apa itu béga.

Beqa
(Ini jenamo tuan-tuan...takdo kono-mengono ngan topik kito haghini)


Béga disebut dengan menggunakan e-taling.  E-taling ni apa pulak?

Cara sebutan e ni boleh terbahagi kepada 2.  Satu menggunakan e-taling dan satu lagi e-pepet (jangan salah sebut ye kawan-kawan).  Teringat masa kat U dulu.. lecturer tulis perkataan e-pepet kat white board laju je kitorang baca sebagai "pépét" dan lecturer tu cakap "saya disini bukan nak mengajar kamu semua mencarut ye saudara saudari".


Apa itu e-taling 

e-taling ialah e yang digunakan untuk mengeja perkataan seperti EKOR, ENAK, TENGOK, SEPET, CEREK, SERET, ESOK, LEMPAR


Apa itu e-pepet

e-pepet pula ialah e yang digunakan untuk mengeja perkataan seperti BERAS, BERUK, CERUK, KERTAS, KEMAS, EMAK, EMAS, LEMBU, LEMBIK


Jadi berbalik semula kita pada perkataan béga ni..


Apa itu béga?

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4

Kata

Takrif

bega I

(béga); berbega, membega berkeliling (berjalan, terbang, dll); begar.

bega II

(béga); membega membidik, mengacu, mengarah.

bega III

(béga) NS; membegakan memperlihatkan sbg keterangan: perkataan ini terbit drpd ibarat tangkai padi, yg langgak atau kelihatan, maka yg itulah saja dituai yakni dibegakan;membega, membega-bega menggerakgerakkan atau membetul-betulkan bahagianbahagian sesuatu mesin dll supaya berjalan dgn baik.




Manakala béga  yang ammi gunakan semalam merujuk kepada dialek Negeri Sembilan.

Menurut dialek Negeri Sembilan

Entri

Makna

Ayat Dialek

Maksud Ayat

bega

degil, tidak mendengar nasihat, baning.

Bega boto budak ni, tak donga cakap orang.

Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.


Post a Comment

10 Comments

  1. ha ha ha...bagus tul entry ni. leh org belajar bahasa org nogori

    ReplyDelete
  2. Bila bekerja dan menetap di N9 baru faham sikit-sikit dialek dan perkataan baru begini Ammi.. Akan datang bila dengar bukan lagi sesuatu yang baru.. :)

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing..baru tau e-pepet & e-taling...dulu panggil e tanda...

    ReplyDelete
  4. yang dana tau ini jenama keju yang biasa dana guna heehhee...

    ReplyDelete
  5. Oh baru tahu loghat NS degil. Yang selalu saya tahu bega tu macam membetulkan sesuatu. Boleh bukak kelas nogori sembilan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama.maybe tu istilah Johor kot. Sebab saya and famili pun guna perkataan bega bila nak suruh adjust something

      Delete
  6. lagi senang sebut bongek. .. haaa haaa

    ReplyDelete
  7. Dulu tak tahu. Dah kahwin dengan orang nismilan baru tahu. hihi..Tahu kamus nismilan je. Yang maksud lain tak tahu.

    ReplyDelete
  8. La.. dialek rupanya.. Sha ingatkan nak cerita pasal cheese..

    ReplyDelete