Ni cerita hari apa ntahlah.  Ammi tengah layan melipat kain baju sambil tengok drama.  Kalau ammi melipat kain sila bagi laluan remote TV duduk dalam genggaman ammi.  Jangan nak macam-macam.

Dari dalam bilik ammi dengar si kecik ni bebel..tak ada siapa pun nak main "Cangkok" dengan Alip.  Semua buat taktau dengan Alip.

Alah alah alah..sedih bunyik.

Dah bawak sini "congkak" tu.  

Ini namanya CONGKAK...bukan CANGKOK.  10 kali betulkan 10 kali jugak dia takleh sebut dengan betul.  

khalif syafiq, congkak

khalif syafiq, main congkak


Ammi awak ni tengah busy melipat kain baju tau... nampak baju merata?

Tapi nak layan budak seketul ni punya pasal..mehlah berehat sebentar asah skill lama.

Berapa bijik ntah yang dah hilang..pastu buat muka tak bersalah.  Daripada 7 biji disetiap rumah tinggal 6.  Pastu dari 6 biji ada pulak rumah yang boleh dapat 5 bijik je.  Ishhhhhh melampaulah yek