Sekolah rendah anak-anak bermula tahun ni selalu aja buat majlis bacaan Yassin dan Usrah pada setiap Khamis.

Masalahnya anak2 ammi tak pernah join. Bukan sebab taknak join tapi amminya yang lupa.

Selalu cikgu akan up kan link Google meet dalam pukul 5 - 6 petang gitu.  Masa tu berkobar-kobar ammi ni nak suruh anak join. Sampai rumah mandi, dinner dan menjelang nak maghrib LUPA.  Telefon anak-anak auto lock pukul 5pm..jadi dorang biasa memang taktaulah tentang link ni. 

Tau2 je cikgu letak list pelajar yang join. Pastu ammi rasa bersalah. 

Harini Ammi gigih dapat je link terus cakap kat anak lepas maghrib standby baca Yassin. 


Yang baju biru tu..dah agak lancar bacaan Al-Qurannya. Alhamdulillah 




Ramai juga yang join. 

Dipenghujungnya Ustaz tu kata ini Majlis Bacaan Yasin terakhir untuk 2021. Huhuhu... Mujur sempat join walau sekali. 

Next year sis cuba lagi.