Assalamualaikum
Bersiaran semula setelah hampir 4 hari tak masuk hadap blog dan blogwalking.
Kalau ada pun entry hari Khamis & Jumaat itu adalah auto published entry.
Hari Khamis Ammi memang cuti sebab Ammi dah set appointment dengan hospital untuk masalah kesihatan ammi. Around 11 lebih dah settle semua urusan di hospital dan memandangkan sebelah hospital tu ada AEON makanya terpanjang pulak kaki ammi ke mall sebelah tu. Gi potong & cuci rambut jap sebab rambut dah macam mak lampir. Pastu pergilah ngukur jalan dalam mall tu sekejap melontar duit mana yang patut dan dalam pukul 1 lebih ammi order Grab dan balik.
Keesokan paginya..... dalam pukul 4.30 pagi gitu, ammi terjaga dari tidur sebab rasa pitam berpeluh, nak membuang, nak muntah bagai. Bangun dan memang bertapa ammi dalam toilet. Ingatkan settle di situ je. Sebab pepagi buta dah kosong habis perut makanya ammi buatlah horlicks untuk alas sementara nak Subuh semua tu..ehhhhh keluar juga. Sampai melepek rasanya. Lepas subuh ammi sarapan sikit dan rasa ok.
Pagi tu ammi gigih juga ke office..tapi on the way ke office tu Allahhhh..rasa memang nak muntah juga. Dah macam morning sickness rasanya hazab ni. Boss masuk office pun ammi dah tak peduli dah. Pandai-pandai akak cleaner tu lah nak buka pintu. Ammi berselimut guna telekung baring atas sofa. Rasa sejuk kemain lagi. Minum air keluar balik, minum quaker oats keluar balik..ishhhh dah kenapa ni? Telanlah panadol 2 bijik kot-kot nak demam ke apa. Boss suruh balik je sebab katanya.."Please go back, see doctor. This is not you Shila". Sebab ammi tak pernahnyalah nak baring bila dia ada kat office. Gilo apo??
Pukul 11 lebih Ammi memang dah tak tahan sangat dan call Abah suruh ambik ammi. Memang kelautlah solat Jumaat Abah demi isteri yang dicintainya ini. Berani nak kata tak cinta kat ammi??
Sampai area rumah kebanyakan klinik dah tutup sebab lunch & solat Jumaat. Ammi dah melepek dah dalam kereta dan suruh abah hantar jelah ammi balik. Sampai rumah tak pandang anak-anak langsung yang sibuk "eh ammi, ammi, ammi..." sorry anak-anak. Ammi memang tak larat. Terus je naik katil tan on aircond, tak on kipas...Dalam 2 lebih terjaga dan ehhhhh rasa lega tapi lapar sungguh-sungguh. Abah ada belikan bubur, ammi makan dengan takut-takut juga. Alhamdulillah...selamat masuk ke perut tanpa rasa nak terkeluar semula. Syukur.
Lepas makan, mandi, solat dan tidur lagi depan TV. Ya Allah...entah apa yang dipenatkan sangat taktaulah. Menjelang lepas asar Alhamdulillah ammi rasa sihat dah walaupun masih ada rasa pening dan sakit kat bawah diagpragm tu. Mungkin sebab muntah yang keterlaluan sampai tak ada apa nak keluar rasanya. Merasa jugaklah perut flat sekejap. Hahhaha
19 Comments
Kekal sihat kak :)
ReplyDeleteinsyaallah
Deletesemoga tak apa2 ya ammi
ReplyDeleteinsyaallah..tengah cuba repair diri sendiir haha
DeleteSemoga tahap kesihatan ammi semakin baik. Jaga diri baik-baik ya.
ReplyDeleteaaminnn
DeleteMemang boleh bayang muntah apa yang dimakan. Perut pun rasa azab apabila muntah.
ReplyDeletekan...tak sempat duduk dah muntah. perit, sakit semua ada.
Deletesemoga sihat seperti sediakala kak...
ReplyDeleteteirma kasih afeezz
Deletecepat sihat kakk
ReplyDeletetq
DeleteMungkin jugak tu side effect ubat. Harap takde apa yang serius and hopefully result check jantung pun cantik
ReplyDeletebab jantung tu yg leceh nak berurusan dengan hospital serdang..
DeleteMungkin side effek sumplement tu kut sebab dia baru nak kenal badan ammi. Apa pun semuga cepat sembuh dan segalanya di permudahkan Allah. Take care
ReplyDeleteHarap-harap takde apa yang membimbangkan..cepat sihat ye..
ReplyDeleteSemoga dikurniakan kesembuhan dan kembalikan kesihatan
ReplyDeleteDR doakan akak sihat selalu..
ReplyDeleteMemang flat terus gayanya tu. Semoga cepat kembali sembuh Ammi. Aaaminn...
ReplyDelete