Assalamualaikum.
Nak letak tajuk apa pun tak reti.
Ammi bersiaran dari rumah harini.
Semalam sebelum pergi ambil booster dose masaklah ala kadar. Kot-kotlah harini down tak larat nak masak ke takdelah nanti "rindu dendam" nak masak. Huishhhh ayat isteri solehah + ibu mithali sangat ni... Ahaksss. Alhamdulillah ammi ok je harini. Tapi boss kata "no need to come, get some rest". Fineeee taknak kita datang kerja sudah.. Hahaha padahal dalam hati berbunga-bunga.
So, semalam pepagi gi pasar dengan Abah. Lama weiiii ammi tak jejak kaki ke pasar. Pasar ni memang bahagian abah..jadi kita serahkan je pada yang pakar. Ammi gi pasar pun sebab nak sarapan kat dalam tu. Ada kedai soto best.
Abah insist nak beli ketam buat sup sebab takut ammi demam katanya. Baiklah... saya yang menurut perintah.
Tapi bila dah sampai rumah dok belek-belek telefon nampak pulak ada sorang chef India ni masak rassam... Terus tingggg kita buat rassam ketam ajelah sebab pada ammi kalau demam rassam tu lebih menyelerakanlah dari sup. Nampak betapa tingginya genetik India dalam badan ni?
18 Comments
wah nampak sedap rassam ketam tu. Kenapa lada sekarang terlalu pedas sampaikan menghilangkan deria rasa dek kerana pedas sangat.
ReplyDeleteHehe. Sedapnya. Eh tapi rassam belum pernah cuba.
ReplyDeletesedapnya sambal sotong tu ammi!
ReplyDeleteAlhamdulillah bula baik-baik sahaja selepas terima suntikan booster. Syukur.
ReplyDeleteOh? Kalis booster eh? Tahniah!
ReplyDeletenape nampak sedap dan menyelerakan.. pos sini sikit. muaahhh hhaaa haaa
ReplyDeleteMasak rassam tak pernah lagi. Ala sambal kalau pedas sangat hilang sedapnya
ReplyDeleteLauk sedap sedap hari ni. Ketam masak rassam tu rare. Haa memang tinggi betul gen dia. Mungkin sebab cuaca tengah musim hujan sehari dua ni, itu yang cepat lapar tu kot terus makan awal.
ReplyDeletePandainya masak rassam nampak sedap, sotong pun menyelerakan,betul cili sekarang pedas sangat.
ReplyDeleteSerba seafood nampaknya. Buat saya rasa lapar dah ni :)
ReplyDelete1st time dgr menu rassam ketam
ReplyDeletewahh menggodanya semua masakan ammi kali ni...
ReplyDeletenampak sedap rassam ketam ngan sambal sotong tu. dulu mmg suke makan ketam, sekarang terpaksa dilupakan..
ReplyDeleteAdehhh! terliur semua lauk tu Mrs. A suka.
ReplyDeleteTak pernah rasa ketam masak rassam
nampak menyelerakan.. ye, aku pun kena cili kering yg pedas sgt ari tu..jenuh adjust pun pedas jugak
ReplyDeleteAmmi ajar la masak rassam ketam tu...SA suka makan kat restaurant banana leaf and selalu mintak lebih rassam tu...
ReplyDeleteBelum pernah try masak rasam.Tapi pernah makan. Sedapnya terasa ditekak ni.Masam kuah rasam berperisa jintan..sedapnya
ReplyDeleteTak pernah dengar masak rassam.. Nampak menarik menu tu Ammi..
ReplyDelete