Masak dan makan

Assalamualaikum. 

Nak letak tajuk apa pun tak reti. 

Ammi bersiaran dari rumah harini.

Semalam sebelum pergi ambil booster dose masaklah ala kadar.  Kot-kotlah harini down tak larat nak masak ke takdelah nanti "rindu dendam" nak masak. Huishhhh ayat isteri solehah + ibu mithali sangat ni... Ahaksss.  Alhamdulillah ammi ok je harini. Tapi boss kata "no need to come, get some rest". Fineeee taknak kita datang kerja sudah.. Hahaha padahal dalam hati berbunga-bunga. 

So, semalam pepagi gi pasar dengan Abah. Lama weiiii ammi tak jejak kaki ke pasar. Pasar ni memang bahagian abah..jadi kita serahkan je pada yang pakar. Ammi gi pasar pun sebab nak sarapan kat dalam tu. Ada kedai soto best.

Abah insist nak beli ketam buat sup sebab takut ammi demam katanya. Baiklah... saya yang menurut perintah.

Tapi bila dah sampai rumah dok belek-belek telefon nampak pulak ada sorang chef India ni masak rassam... Terus tingggg kita buat rassam ketam ajelah sebab pada ammi kalau demam rassam tu lebih menyelerakanlah dari sup. Nampak betapa tingginya genetik India dalam badan ni?


Rassam ketam yang tak boleh nak challenge sedapnya rassam arwah mama. To be frank masa mama ada ammi tak heboh pun nak belajar caranya.. Bila mama dah takde baru sibuk dok refresh memory ingat apa yang mama letak sambil compare dengan bahan yang chef tu letak sebab ammi memang tak ingat. What a waste kan? Hmmmm


Buat sambal sotong.. Boleh tahan harga sotong RM40 sekilo. Ketam tadi RM36 sekilo. 

Pedas sungguhlah cili ni..jenuh adjust bagi takmo pedas pijar sangat. 


Untuk dak Ozil ammi buatlah sotong masak ikut suka ni sikit. Rupanya Kyra & Khilfi pun terpaksa tumpang makan lauk ni jugak sebab tak tahan dengan kepedasan sambal sotong tu. 


Last sekali..goreng sawi batang putih ni. Campur jelah dengan tauhu lampung yang selambak dalam fridge tu. 

Pukul 12 dah siap masak.. Dan-dan tu semua lapar.  Ngada sangat ehhh.. Ammi nak mandi dulu.  Nak makan kena wangi-wangi baru best.

Post a Comment

18 Comments

  1. wah nampak sedap rassam ketam tu. Kenapa lada sekarang terlalu pedas sampaikan menghilangkan deria rasa dek kerana pedas sangat.

    ReplyDelete
  2. Hehe. Sedapnya. Eh tapi rassam belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bula baik-baik sahaja selepas terima suntikan booster. Syukur.

    ReplyDelete
  4. nape nampak sedap dan menyelerakan.. pos sini sikit. muaahhh hhaaa haaa

    ReplyDelete
  5. Masak rassam tak pernah lagi. Ala sambal kalau pedas sangat hilang sedapnya

    ReplyDelete
  6. Lauk sedap sedap hari ni. Ketam masak rassam tu rare. Haa memang tinggi betul gen dia. Mungkin sebab cuaca tengah musim hujan sehari dua ni, itu yang cepat lapar tu kot terus makan awal.

    ReplyDelete
  7. Pandainya masak rassam nampak sedap, sotong pun menyelerakan,betul cili sekarang pedas sangat.

    ReplyDelete
  8. Serba seafood nampaknya. Buat saya rasa lapar dah ni :)

    ReplyDelete
  9. wahh menggodanya semua masakan ammi kali ni...

    ReplyDelete
  10. nampak sedap rassam ketam ngan sambal sotong tu. dulu mmg suke makan ketam, sekarang terpaksa dilupakan..

    ReplyDelete
  11. Adehhh! terliur semua lauk tu Mrs. A suka.

    Tak pernah rasa ketam masak rassam

    ReplyDelete
  12. nampak menyelerakan.. ye, aku pun kena cili kering yg pedas sgt ari tu..jenuh adjust pun pedas jugak

    ReplyDelete
  13. Ammi ajar la masak rassam ketam tu...SA suka makan kat restaurant banana leaf and selalu mintak lebih rassam tu...

    ReplyDelete
  14. Belum pernah try masak rasam.Tapi pernah makan. Sedapnya terasa ditekak ni.Masam kuah rasam berperisa jintan..sedapnya

    ReplyDelete
  15. Tak pernah dengar masak rassam.. Nampak menarik menu tu Ammi..

    ReplyDelete