Kereta ammi kan tak ada radio..lepas rosak tempat nak tuning tu macam arghhh tak kuasalah nak tukar sampai RM400. Dok dendiam dengar CD or dengar playlist mak ko yang ada macam-macam genre lagu ni. Pilih aja nak lagu cina, tamil, perancis pun ada.. lagu rock hantuk kepala, lagu zapin, dangdut semua ada. Rojak sungguh ammi ni.
Ni salah satu lagu yang anak-anak amm dah pandai nyanyi sikit-sikit. Siap request nak lagu OJO. Rasanya kalau ammi polish lebih sikit dorang ni harus boleh converse dalam mother tongue arwah Muma ni.
(Jangan tersandung / tersepak batu di jalanan siang hari)
Kuii nandang Ne Ora karuan
(Itu tandanya tidak keruan)
Karang enom mesti ne dadi golek ann
(Yang muda mestinya menjadi carian)
Ayu Nggarang di karang gawe pawitan
(Yang cantik dan tampan dijadikan pilihan)
Ojo kok fikir rai mbancer golek an mu
(Jangan difikirkan, muka yang 'hensem' kau cari)
Rai kelimis rame seng nunggu
(Muka yang cantik licin ramai yang menunggu)
Melerak melerok meripate alis seciut
(Jeling menjeling matanya alis matanya kecil)
Moro teko seng nunang Ora keterimo
(Pergi datang yang meminang tidak diterima)
Chorus
Mbok perawan karo joko podo ae
(Anak dara dan jejaka sama saja)
Ora terimo duding ngane uwong tuo
(Tidak menerima pilihan orang tua)
Nek seng wadon, Pile hane bondo kerjo
(Pilihan mesti berkerja kalau yang perempuan berharta)
Nek seng Djoko Raii kelimis arepane
(Kalau yang jejaka dahi licin cantik kehendaknya)
Ayo podo di cekedi kersane pengeran kuoso
(Marilah kita berpegang/menerima apa yang dikurniakan Allah Yang Kuasa)
Terimo oppo ae seng di wehi (2X)
(Terima apa sahaja yang diberi)
Bapak lan emak seng nggedek ake kawet bayi
(Bapak dan emak yang membesarkan sejak bayi)
Cilik di gedong nangis di bopong
(Kecil dibedung, nangis didokong)
Pengen Njalok neng kue Ora keweton
(Ingin meminta-minta dari anak2 tidak tersebut)
Karek kue wes gerang timbang ngono
(Tinggal anak yang dah dewasa timbanglah sendiri)
Ini lagu berbentuk nasihat. Ingat anak-anak....mak ayah korang yang bela korang masa korang tak kenal ABC tau. Dah pandai kira A - X + G bahagi XyZ janganlah pulak sombong ngan mak ayah kita. Dengar nasihat dorang.
Ada rezeki sikit dikongsi bersama dengan mak ayah kita. Dorang bukan mintak kita belikan rumah 3 tingkat pun. Part jodoh tu pulak..bila mak ayah agak berat hati nak korang bernikah dengan seseorang tu adalah yang tersiratnya.
15 Comments
Ah sudah saya pun goyang kepala layan lagu ni haha!
ReplyDeleteAmmi, nanti jengah blog saya ya, ada surprise!
https://www.syaznirahim.com/2021/12/topcommentatornov2021.html
bagus sungguh maksud lagu ni. suka juga dengar lagu-lagu lama macam ni
ReplyDeleteterus gi kat youtube, sambil dgr taip komen ni....herman tino, lagu jowo ni..penut nasihat..bagus tul
ReplyDeleteLayan juga lagu lama macam ni. Kena ambik feel jap. Ojo Kesandung
ReplyDeletewaduh lagu jowo....herman tino punya lagu banyak unsur nasihat. tapi sesekali layan lagu jawa best
ReplyDeleteUncle suka lagu ni...
ReplyDeleteTapi ni la haaa baru tau maksud lirik nya... TQ ammi!
antara lagu jawa dari penyanyi malaysia yang layan dan suka dengar hehehe... kalau balik kampung dengar dengan emak dan abah pun diaorang suka ...siap gelak-gelak lagi...sebab liriknya tu
ReplyDeleteOh begitu maksud liriknya. Mungkin pernah dengar tapi tidak perasan.
ReplyDeletewaduh lagu jowo ini, kena dgr lah nanti. sbb x pernah dgr lagu ni
ReplyDeletesaya suka la dengan lagu ini
ReplyDeleteOrak ngerti...🤭
ReplyDeleteYarabbi....berbelit lidah SA baca tajuk2 lagu tuh....
ReplyDeletebahasa apa tu ammi. betul tu nasihat ammi ibu bapa tak mengharap apapun dari anak sebenarnya
ReplyDeleteBestnya,,, dapat tolong translatekan..
ReplyDeleteIni kalau tak ada translate bahasa melayu, lansung tak faham ni. huhu...
ReplyDelete