Peluang ke berapa?

Panggilan telefon dari seorang bekas pekerja office ammi pagi tadi amatlah buat ammi marah sampai rasa menggigil.

Lepas tanya khabar ammi dia terus jump to his main motive.. 

Credit to Nakbebel


Dialog lebih kurang gini.. 


Dia:  Kak, boss ada nak pakai driver macam haritu lagi ke?

Ammi:  Kalau ada orang nak, boss memang nak lah.

Dia: Saya nak boleh tak kak?

Ammi: Kalau akak kata boleh tapi boss kata taknak pun tak boleh jugak.

Dia: Ala kakkk.. Macam mana Melayu nak maju kalau Melayu tak tolong Melayu..


Zasssssss terus rasa menggigil tangan. 


Ammi: Cerita sikit siapa yang tak tolong siapa? Akak memang tak pernah back up awak ke? Boss tak pernah bagi awak peluang ke?

Dia: Saya dah tak macam tu kak..

Ammi:  Awak gi call boss sendiri tanya dia.. Akak taknak masuk campur.


Haaaaa begitu lebih kurang dialog sepintas lalu kami. Terus rasa berat bahu dan lengan ni tau.  Stress level kat smart watch pun naik ke 89 terus.

Ammi story sikit nak korang bagi pendapat ye.. Apa tindakan korang kalau berdepan situasi ni.  Kalau-kalau ammi memang kejam dan ammi memang patut bagi dia peluang. 


Background

Budak ni adalah bekas banduan. Masa awal-awal boss nak hire dia boss tanya persetujuan ammi dulu. Boss explain kat ammi apa kesalahan dia dan since umur dia baru 21 tahun (telah 3 tahun didalam penjara) ... Ammi kata kat boss "if we don't give him chance, who else will"?  Lagipun pada ammi kesalahan dia tu takdelah sampai boleh mudaratkan ammi ke apa.  


Jawatan

Boss nak dia jadi driver cum despatch. Kadang2 bila diperlukan drive ayah boss ke Court (sbb ayah boss dah 70 lebih umurnya dan masih berkhidmat sebagai peguam). Bila perlu bawa emaknya ke pasar.  Untuk kerja despatch office pula, ammi cuma guna untuk dia serve document yang betul-betul urgent dan perlu dia buat Afidavit Penyampaian.  Yang lain ammi ada guna perkhidmatan courier luar yang akan collect document di awal pagi.

Gaji yg ditawarkan cuma RM1,000  TETAPI.. dia tak perlu datang office setiap hari macam orang lain.  Gaji tu tak termasuk mileage claim kalau dia serve document diluar PJ dan KL. Datang bila dipanggil aja. DAN boss tak ada halangan kalau dia on apps Grab atau McDonald's dia kalau takde job office. Dengan syarat bila office call or message dia.. dia kena datang dalam masa sejam.  Ammi ingat 2-3 kali boss kata "u tak perlu setuju sekarang, boleh fikir dulu, nanti call bagitau Kak Shila". Tapi dia bagi jawapan there and then. DIA SETUJU. 

Job pertama dan kedua dia sangat mengkagumkan. Terangkat kening ammi. Job-job yang berikutnya yang bermasalah dan dia mula buat masalah.

Dan dijadikan cerita, sepanjang 3 bulan dia bekerja dengan kami, belum pernah sekalipun ayah dan emak boss guna khidmat dia.  


Situasi 1

Collect important document dari client. 

Dah diberi tahu seawal pagi yang dalam pukul 3 petang dia perlu collect affidavit di Shah Alam dan bawa ke office. Jawapannya.. "Ok kak boleh".  (Itu je satu job dia utk haritu...pagi dia bebas buat kerja freelance dia)

Tup tup pukul 3.30 client call kata boy tak sampai. Ammi call dia tak jawab, message tak blue tick. Sudahnya ammi arrange Grab je untuk collect affidavits tu. Choiii. 

Lepas waktu kerja dia call kata... "Tadi saya jemput adik balik sekolah kak, pastu saya terlelap" .  Grrrrr


Situasi 2

Boss ada meeting di area Bangsar pukul 10.30 pagi.  Hari sebelumnya ammi dah maklumkan kat dia untuk dia sampai office around 9.30 pagi dan dia kata ok. Hari kejadian pagi around 6.30 ammi WhatsApp dia remind dia dan dia tunjuk sign 👌. Tunggu punya tunggu, boss dah macam kucing hilang anak. Call tak angkat message tak jawab. Sudahnya boss naik grab je sebab area situ parking memang hauk sikit. 

Pukul 1 lebih baru dia call kata battery habis, pastu ayah dia pakai motor dia pagi tak balik.  Kepala otak betul kan?? 

Banyak lagi situasi-situasi yang suruh datang pukul 11 pukul 3 baru sampai. Call tak jawab. Mesej tak baca.  Ada sekali tu kata dia nak keluar mak suruh hantar gi pasar. Hahahha.. Kelakau bona bunyik eh dik. Jarang kot mak2 kalau anak nak gi keje mak sekat. Akak makan garam lagi banyak pada ko dikkkkk.

************************************

Benda paling ammi tak suka adalah orang yang tak menepati masa especially bila kita dah ada perancangan.  Kalau perangancan tu hanya melibatkan "saya dan kamu" je takpa.  Tapi bila perancangan melibat lebih dari 3 orang.. terus naik BP.  Terus rasa menggigil


************************************

So, kalau korang kat tempat ammi, geram tak dengan ayat KALAU MELAYU TAK TOLONG MELAYU dia tu?

Masalahnya, ammi yang malu dengan boss yang bukan Muslim yang bagi peluang pada budak Melayu yang bermasalah.


Ammi pun taktau dia call boss atau tidak.  Kalau dia call mesti jap lagi boss akan datang kat depan muka ni dan tanya "u wanna know what "Drama Hari Ini" we have today?"...sebab ini tagline kitorang bila nak bergosip...Drama Hari Ini.

Post a Comment

35 Comments

  1. Fiza kalau dalam situasi Ammi memang marah jugak. Dahla gaji RM1000, tak payah pergi office. Then datang bila perlu.

    Orang dah siap² bagitau kot pukul berapa dia diperlukan. Macam² pulak alasan. Paling teruk alasan dia guna nama mak. Setahu Fiza, kalau melibatkan kerja, jarang la mak² nak sekat malah cepat² suruh pergi.

    Baik tak payah layan Ammi. Fiza pulak geram. Haihhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Ammi pun rasa alasan mak tu tak boleh pakai langsung. Mak selalunya risau kalau kita keluar rumah lambat nak gi keje

      Delete
  2. kalau saya sukar untuk menerima orang yang pernah ada masalah begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. 1st time bagi peluang... Utk selanjutnya mmg tak dapat lah

      Delete
  3. Stress jugak macam ni. kita yang malu dan susah nak menjawab dengan bos. Dia rilek buat perangai pastu mintak peluang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg stress sal. Sbb ingat hire personal despatch boleh memudahkan.. Lagi hauk jadinya

      Delete
  4. Ammi, setelah membaca apa yang ammi tulis tu. Darah ku pun boleh naik setinggi menara KL kalau jadi gitu... hadap perangai yang melampau, nak kerja buat cara nak kerja tapi banyak yang dia bagi janji lepas tu tak buat tapi tu cuma cipta alasan...
    Memang sesuai lah ammi tak payah bagi peluang, menyusahkan kita je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik darah baca apa lagi yg hadap dia. Mmg ammi takmo kasi can

      Delete
  5. Uncle pun tak boleh blah ayat macam tu....

    ReplyDelete
  6. Kalau SA..sekali dah bagi peluang..lepas tu dia x grab peluang tu, memang after that jawapan dia adalah no...semua atas sikap dia sendiri dan itu yang dia pilih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah.. Dia ingat senang org nak terima org mcm dia bekerja. Nak jadi sekuriti guard pun x lepas

      Delete
  7. kalau macam ini punya perangai mmg susah lah orang nak percaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Kesian pada abg dia yg rekemen mintak tlg haritu. Malu abgnya

      Delete
    2. kadang2 itu yang buat kite takut nak rekomen seseorang pada seseorang

      Delete
  8. Dah lebih 3 kali buat masalah..minta maaf je lah..
    Cari lah kerja tempat lain..

    ReplyDelete
  9. Peluang yang diberi disalah guna. Sayang tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..kalau diri senang nak cari kerja takpe juga

      Delete
  10. Sekali dua boleh lagilah nak bagi peluang. Ini berkali kali memang taklah. Kalau saya pun macam Ammi gak. rasa malu dengan boss pulak. Kerja mudah dia buat susah pulak kan. macam macam alasan. Nak keje ke tidak kalau gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu tau sbb boss non Muslim tp nak bantu melayu bermasalah camni. Sbb taknak budak ni terus hanyut

      Delete
  11. Privileged sangat dah tu dengan gaji 1K tanpa perlu bersusah banyak. Tak sedar dek untung.

    ReplyDelete
  12. for me.. peluang hanya datang sekali. take it or you will regret it... so dia sendiri yg merugikan bangsa melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Lepas tu dia nak sound kita pulak tak tolong melayu

      Delete
  13. Peluang ni 3 kali je. Kali pertama kita percaya ada masalah. Kali kedua dah 50-50. Kali ketiga berulang terus hilang kepercayaan. Simpan je marah dalam hati. Sekarang banyak servis yang tak perlu despatch lagi. Hidup kena happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bidang ammi kerja ni mmg perlukan khidmat despatch sbb itu termaktub dalam Arahan Mahkamah.

      Delete
  14. banyak peluang dah ko & bos ko kasi. Kalau aku la, memang big NO la... mcm mana melayu nak maju kalu mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntahlah ayu.. Semoga budak ni matang dan boleh berfikir.

      Delete
  15. kesiannya adik tu, dia masih muda masih boleh diperbetulkan lagi attitude tu. Ammi cubalah slow talk dgn dia dulu. kalau dia masih tak boleh berubah sayang la sebab kerja sekarang ni sgt bagus bos boleh toleransi lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kesian lah kitorang ambil dia kerja Walaupun dia ada rekod hitam. Tapi dia buat endah tak endah je dgn kerja.. Mungkin dia rasa bawak grabfood lagi best agaknya

      Delete
  16. betul.. peluang dtg sekali.. tp maybe akan ada peluang kedua.. cuma masa tu kena betul2 amek peluang tu. jgn siakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually kalau dari situasi yg ammi bagi tu pun dah boleh nampak berapa peluang yg kita bg. Ada yg ammi tutup mata je ignore tak bagitau bos. Tp bila boss sendiri yg kena mmg dia anginlah

      Delete
  17. Dah bagi peluang, tapi dia yg x nak tolong diri sendiri. What to do.... Ada org cuma sesuai kerja sendiri ja. Maybe sbb masi muda & masi blm matang fikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Ada org jenis takleh terima arahan. Tak suka bila org tanya itu ini

      Delete